hari ni ummi ada temuduga kpli. di mana? di institut perguruan islam sg.merab bangi. lagi sekali, hilman di'tugas'kan ke bangi sebagai peneman. abi pun ikut sekali a.k.a driver @ pemonteng kerja utk hari ini.
sementara menunggu ummi ditemuduga, abi & hilman ke tasik cempaka di bangi. lama juga tunggu ummi. sebaik ummi selesai, ummi ajak jalan2 di kompleks pkns. maklumlah hari ni cuti sekolah buat ummi&hilman + hari 'tidak bekerja' untuk abi.
ps : auni kecil lagi. tak boleh ikut lagi. kena tinggal dengan "mak nor@penjaga@jiran depan rumah". nanti auni dah besar, dah boleh lari2 macam abg hilman, abi.ummi bawa auni yea..sabar ye sayang.
Tuesday, August 21, 2007
ummi pula ke bangi...
ikhlas dari abi.ummi pada 8/21/2007 07:42:00 PM 0 komen
belakang buat slop yea...
beginilah keadaannya ketika iman.ataf sedang dipotong rambutnya. dah pandai dah. dulu masa kecik2 dulu takut nak kena gunting rambut.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/21/2007 07:28:00 PM 1 komen
Sunday, August 19, 2007
ujian dariNya...
semalam hilman mengadu sakit perut sejak pukul 2 pagi. pukul 4 am, hantar ke hospital selayang. doktor cuma beri paracetamol utk tahan sakit. auni pula sejak 2 hari yang lepas cirit saja. pagi ni juga suhu badan dah mula naik semula.
pukul 7.30 pm tadi hantar kedua2 anak kesayangan abi.ummi ni semula ke hospital selayang. kali ini, hilman kena ambil darah dan juga kena x-ray perut. auni pun kena ambil darah. tapi kali ni doktor masukkan air ke dalam badan auni. hasil ujian darah & x-ray hilman tidak menunjukkan sebarang kuman atau jangkitan. ujian pada auni pun sama keputusannya. alhamdulillah, syukur pada Allah, lega hati abi.ummi. dalam pukul 11.00 pm barulah semuanya selesai.
dalam perjalanan balik, di simpang masjid as-sharif, abi 'terlanggar' lampu merah. maklumlah nak cepat balik rumah sebab dah berjam berada dihospital. elok saja selepas selekoh ke kanan, nampak polis mengamit2 sesuatu. bila kereta ke depan sikit lagi, ada road block. kereta abi kena tahan.
"lesen encik", kata polis setelah membelek2 cukai jalan kereta abi. "dari mana ni encik?", tanya polis. "minta maaf banyak2 encik. dari hospital ni, anak dua2 orang sakit", abi jawab. "hmm..takpelah, boleh pergi", kata polis. alhamdulillah lagi sekali, syukur pada Allah sebab terlepas daripada musibah yang sepatutnya boleh dielakkan.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/19/2007 12:10:00 AM 5 komen
Thursday, August 16, 2007
hilman bersama abi...ke bangi
semalam kereta abi mengalami musibah. jadi abi nak ke bangi hari ni sebab nak baiki mana yang patut, walaupun jauh. sebabnya...abi dah biasa dengan bengkel di seksyen 4 tambahan bangi.
hari ini hilman ikut sekali. teman abi.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/16/2007 02:47:00 PM 3 komen
"mana gambar abi.ummi?", iman.ataf bertanya
sedang abi menulis sesuatu di blog ini, iman.ataf pun datang dekat. ditariknya kerusi bersebelahan dengan abi dan duduk. dilihat2nya apa yang sedang abi lakukan..dan secara tiba2..."mana gambar abi.ummi?".
inilah dia..
kisah ini hanyalah rekaan semata-mata.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/16/2007 02:15:00 PM 1 komen
Wednesday, August 15, 2007
secebis 'kisah abi' di pagi hari..
sedang abi memandu menuju ke tempat kerja...secara tiba2...pang!shereeet... dan hasilnya selepas pergeseran...
..alhamdulillah, tiada apa2 terjadi pada abi. kejadian berlaku di sekitar kawasan pekeliling di waktu sesak ketika orang bergegas ke tempat kerja. salah abi sebenarnya kerana tersalah 'perkiraan'. pada bas tersebut tiada apa2. jadi settle begitu saja.
abi dah ke kedai kereta. kena sediakan sedikit (byk juga) ongkos.
1. side mirror = rm 45
2. pintu depan = rm 150
3. pintu belakang = rm 130
4. lampu signal = rm 15
5. upah kerja = rm 150
6. cat (bhgn sebelah) = rm 500
kesimpulannya, berhati2lah dijalanraya.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/15/2007 05:30:00 PM 2 komen
Monday, August 13, 2007
iman ataf pula yang demam..
ahad lepas, hilman asyraf pula yang demam. tapi anak abi.ummi yang sorang ni sejak dari kecil memang senang nak jaga. alhamdulillah. dia cuma senyap ajer dan terbaring. cuma minta dibuatkan susu dugro perasa coklat kegemarannya. abi.ummi beri panadol merah dgn vitamin c perasa strawberi.
hari ni, pagi tadi, masih panas. kurang sikit drpd semalam. harap2 lepas pergi montessori dan jumpa dgn kawan2 dia akan sihat semula (macam biasa).
auni pula alhamdulillah, dah semakin pulih. panas dah kurang cuma masih ada cecair yang keluar dari hidung.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/13/2007 12:44:00 PM 4 komen
Wednesday, August 8, 2007
hari sukan montessori iman ataf
"iman juara!!". Yeaa...anak abi.ummi menang. Hilman menang acara tolak troli berpasukan... kalau nak tahu, yang paling laju tolak troli ni hilman la.. memang laju... pic lama ni, masa bulan april yang lalu. sajer abi.ummi nak kongsi.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/08/2007 11:36:00 PM 0 komen
auni masih demam...
semalam hantar auni ke hospital selayang sebab demam makin panas. sampai hospital dalam pukul 8.30 malam. lama juga menunggu giliran untuk jumpa doktor. bila sampai giliran, doktor pun periksa dan beritahu kena buat x-ray. ummi dah risau. hasil x-ray, doktor beritahu yang paru-paru auni dah kena jangkitan sikit. ya Allah, sembuhkanlah anak kami ini ya Allah. dalam pukul 10.30 malam barulah boleh balik lepas ambil ubat hospital.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/08/2007 11:21:00 PM 2 komen
Sunday, August 5, 2007
auni demam...dah masuk hari kedua
ikhlas dari abi.ummi pada 8/05/2007 10:09:00 PM 0 komen
lagi gambar iman ataf...
rambut kena cukur sebab nak daftar masuk montessori di Sekolah Rendah Taman Ilmu & Budi, sebuah sekolah swasta dibawah naungan IIUM Education Sdn Bhd. nak lawat website montessori iman ataf? klik di sini http://iiummontessori.edu.my/ yang kat sebelah tu, iman ataf dalam pakaian sekolahnya.. seluar tu labuh sket.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/05/2007 11:16:00 AM 0 komen
siapa si comel abi.ummi?
M u h a m m a d H i l m a n A s y r a f |
S y a a f i y a h A u n i |
ikhlas dari abi.ummi pada 8/05/2007 08:46:00 AM 0 komen
the very first post for this blog
Blog ini ditujukan khas buat anak2 abi.ummi yang amatlah kami sayangi. Semoga anak2 abi.ummi membesar menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
ikhlas dari abi.ummi pada 8/05/2007 08:36:00 AM 0 komen