Sunday, August 16, 2009

reminder to abi, ummi & anak2...and to all muslims

abi ada beli 2 buah yang abi rasa sangat baik dibaca sebagai pembuka mata & hati bagi menyedar dan mempersiapkan diri menghadapi saat2 munculnya 2 daripada 10 petanda kiamat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Huzaifah bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata;

"Rasulullah pernah muncul ke hadapan kami ketika kami sedang berbincang-bincang. Baginda bertanya,"Apakah yang sedang kamu perbincangkan?" Mereka (yakni para sahabat) menjawab, "Kami sedang bincangkan soal hari kiamat. Baginda lantas berkata, "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda sebelumnya. Kemudian baginda menyebut (1) Ad-Dukhon (kabut/asap panas); (2) Dajjal (pendusta); (3) Dabbaah (binatang yang akan keluar dari perut bumi); (4) terbitnya matahari dari barat; (5) turunnya Isa bin Maryam; (6) Yakjuj & Makjuj; (7-9) tiga gempa bumi di timur,barat dan di jazirah arab; dan terakhir (10) keluarnya api dari Yaman yang mengiringi manusia ke tempat berkumpulnya mereka."

Friday, August 14, 2009

solehah...


hari raya 2008...


ada gaya mawi tak?

Thursday, August 13, 2009

merenung tajam...


merenung tajam ker atau merenung manja minta nak kena cubit pipi.

Sukan Tadika...


kakak disamping abg.iman yang telah memenangi acara lumba berkuda beroda. abg.iman yang mewakili rumah merah meraih tempat kedua selepas rumah kuning.

sabar kakak yea, tak lama jer lagi nak masuk sekolah. tak sabar2 kakak nak gi sekolah macam abg.iman. lepas ni boleh masuk sukan jugak, lawan kasi menang.

de '3rd'...mr ir.syad


ni gambar paling latest encik kecik ir.syad. dah setahun lebih dah umur dia. bijak & soleh orangnya.

gambar ni actually diambil semasa hari sukan tadika amal abangnya si iman.ataf. masa ni tengah main kejar2 ngan mak.ngah dia kat trek belakang khemah peserta.

keluarga bahagia...



masa ni ir.syad@de'3rd' masih belum cukup setahun lagi.

cerita akhir zaman...

minggu lepas, abi baru beli dua buah buku..yg pertama bertajuk 'membongkar misteri dajjal', dan yg kedua 'yakjuj & makjuj: bencana di sebalik gunung'. cerita asalnya macam mana boleh nak beli dua buah buku ni ialah waktu abi dalam kelas bahasa arab, ustaz yazid yang mengajar tu bincang surah al-kahfi. dalam surah tu ada cerita tentang zulkarnain & ada disebut tentang yakjujmakjuj ni. balik rumah abi pun cerita pada ummi. ummi nampaknya begitu berminat sampai katanya nak habiskan baca buku tafsir. bincang punya bincang, abi ada teori, ummi pun ada teori. so dok bincang ikut teori masing2. jadi lebih baik ada buku untuk refer.

kesimpulannya, dajjal & yakjujmakjuj tu memang akan datang. mereka adalah makhluk Allah yang bakal diturunkan yang akan merosakkan umat manusia. kedatangannya suatu musibah besar bagi mereka yang tidak bersedia. [abi]

{bual.komen} bila dibaca memang gerun kisah ya'muj dan ma'juj (gog magog) yang merupakan satu bangsa barbarian yang pernah keluar beribu-ribu tahun dahulu dan masih dikurung oleh seorang hamba Allah yang digelar Zulqarnain (pemilik dua tanduk).dalam surah al-kahfi zulqarnain mengatakan bangsa ini akan terkurung sehingga ketetapan allah . satu bangsa manusia yang dasyat dan tidak ada manusia yang boleh mengalahkannya. hanya penyakit yang diturunkan allah mematikannya. dajjal pula dikaitkan dengan Merlin yang bukanlah epik atau legenda Britain semata-mata. ummi dah lah suka tengok citer merlin tuh..fitnah dajjal paling besar..sekarang abi.ummi wal anak2abi ummi kita semua dah berada di akhir zaman. yang merisaukan ,apa yang ummi boleh lakukan untuk anak2 ummi dan generasi ummi buat persiapan menempuh peristiwa ini? [ummi]

Wednesday, August 12, 2009

durian..

ha apa citer durian. anak ummi yang perempuan ni kesiannya asyik sebut nak makan durian...kesian kakak, kakak kata kakak nak makan durian..sepatutnya semalam lagi nak beli...tapi dah amik iman.ataf payah pulak nanti nak beli durian...so kirim pesanan kat abi..yang paling kesiannya semalam hujan punyer lah lebat..tak dapat lah abi beli kakak. tapi tahun ni banyak makan durian. tak sangka anak abi ummi pun suka makan durian. [ummi]

{bual.komen} bila tiba waktu balik kerja, yang ada dalam kepada abi ialah kena beli durian. kakak dah minta sejak malam semalam. makngah pun dah suruh beli kat shoutbox. ingatkan depa nak mai. jadi abi pun beli durian dalam 5 biji. bawa dengan motor pula tu. sesampainya dirumah, ingat nak buat surprise, rupa2nya ummi pun dah beli durian. kakak dah makan rupanya. takperlah, tunggu durian2 ni jadi tempoyaklah pulak. [abi]

Tuesday, August 11, 2009

kerenah si kecik

si kecik ir.syad ni kelakar orangnya..macam-macam gaya dan kerenah dia.. satu ari ni jer macam-macam yang dia dah buat..abang iman macam biasa main game..counter strike favourite..kakak macam biasa buat kerja sendiri...tapi yang kecik ni sungguh kreatif..tanpa ummi sedari rupanya dia dah masuk bilik air belakang..ummi yang tengah asyik depan pc ni pelik..dengar bunyi air tapi dengar jugak bunyi tembak2 (cs source)..maknanya sape dalam bilik air??? haha si kecik sambil berdiri depan pintu bilik air ..hose paip dah dibukak..ya Allah dah banjir dapur ummi..jadi kolam dah abang iman kata..bertuah betoi budak sorang ni..apa lagi tambah satu keje untuk ummi exercise hari ni. kerenah anak-anak abi.ummi yang menghiburkan walaupun geram [ummi]

{bual.komen} ni lah hasil drpd percutian ummi selama seminggu. dah mula start nak jadi blogger. maklumlah, sekolah kena kuarantin.. selesema dotdot. bagus juga, abi pun takut kena jangkit ngan ummi kalau ummi cubit abi. [abi]

dadih segera abi..

hari ahad lepas ..apa mimpi luar biasa abi.. rajin memasak..dadih mangga...ingatkan abi dah terletak lebih air..rupanya elok2 aja...anak2 ummi makan dengan berselera lagi...apa aktiviti ummi? macam biasa memasak lah..tapi kali ini atas permintaan abi , ummi masak kari kepala ikan merah..sedap..menyengat! habis diet abi.ummi [ummi]

{bual.komen} ummi dah puji dadih abi, so abi pun kena balas jugaklah pujian ummi. sedap kari kepala ikan tu. maklumlah, dah berbulan2 abi tak pekena gulai kari. dadih tu pun sebenarnya dah lama beli, sebab takut expire, so abi pun buat jerlah. nasib baik jadi...hehe. [abi]

Sunday, August 9, 2009

hari sukan tadika amal...

2 ogos yg lepas, stadium bolasepak cheras, satu kontinjen berwarna merah dari tadika amal gombak (kg kerdas 1) telah menggegarkan sukan tahunan tadika amal. hilman salah seorang darinya. dari perbarisan ke acara lumba kuda beroda, hilman akhirnya berjaya menjadi naib juara.

abi.ummi tak terkecuali memeriahkan majlis. ummi dgn acara memasukkan bola ke dlm bakul berjaya mendpt tmpt ketiga, manakala abi pula telah menjadi johan acara masukkan gelung ke dlm kon.

terima kasih buat mak2 saudara hilman (mak ngah,mak jang,mak teh) yg turut sama hadir memberi sokongan kpd hilman.