Wednesday, October 13, 2010

a'famosa resort melaka..

gambar menceritakan segalanya..

sejak hari itu.. anak2 abi.ummi ni selalu nak balik rumah kat melaka..

ir.syad di hospital pusrawi...

kejadian berlaku pada bulan april yang lalu.. tarikh kemasukkan ke wad pada 3hb dan keluar wad 8hb.. selama 6 hari abi.ummi bergilir2 mengambil cuti untuk menjaga ir.syad.. sakit yang dialami amat menyedihkan abi.ummi.. setiap makanan yg masuk ke perut anak kecil ini pasti akan terkeluar semula melalui muntah.. tiada jalan lain melainkan membawa ir.syad ke hospital..

sakit ir.syad ini bukan saja merisaukan abi.ummi.. malahan atuk kedah, maktuk, atuk kuantan, nenek juga prihatin & semuanya turun ke KL utk menjenguk ir.syad pada hari ke-enam dan berkatnya alhamdulillah, pada hari itu juga, ir.syad disahkan oleh doktor pakar boleh keluar dari hospital.

ke senai johor.. MAAK pertama edata

8hb oktober 2010 adalah hari bersejarah buat keluarga besar edata network kerana ia merupakan hari sambutan 'malam anugerah angkasa kejayaan' pertama yang diadakan bagi meraikan kejayaan usahawan2 dalam edata network.. ia diadakan di mercure hotel palm & resort, senai johor.. abi.ummi & ir.syad tidak ketinggalan utk hadir ke majlis ini kerana ingin meraikan rakan2 yang telah berjaya.. insya Allah tahun hadapannya abi.ummi pula akan diraikan..amin..

Alhamdulillah.. punya kesempatan utk bermalam di hotel tersebut tajaan makngah zakiah a.k.a 'top one income earner' edata network.. tengaharinya barulah bergerak pulang ke KL..

mana sy.auni & abg.hilman? dua anak kesayangan abi.ummi ni ada di sg.petani menemani mamajang menyambut kenduri akikah anak sulung makngah.amy.. sori abi.ummi tak dapat hadir ke sana.

mata oh mata...

gambar ini abi ambil pada 27 julai 2010.. abi ambil sebab kakak yang kena sakit mata paling teruk dalam keluarga.. buat kenang-kenangan.. nanti kakak dah besar bolehlah tengok semula.. ceritanya bermula dengan ir.syad yang terkena sakit mata.. selepas itu abi.. selepas itu kakak.. selepas itu abg.hilman.. selepas itu mamajang.. selepas itu makngah.. yang ajaib nyer, ummi tak kena pula.. katanya ummi, kalau tak mahu terjangkit sakit mata kena sebut 'awak sakit mata, saya sakit bon***'... petua orang tua-tua maklum ummi..

berbeza cara rawatan orang lain.. kakak kena buat minor surgery sket.. dr.intan beritahu ubat titis dan krim mata dah tak boleh 'jalan'.. kena 'cuci' mata tu dulu.. masa first surgery ummi yang bawa kakak.. abg.hilman pun ikut.. masa 'cuci' tu ada la keluar darah.. abg.hilman yang tengok terus menangis sebab sedih tengok kakak.. ummi pun nangis.. kakak nangis sbb sakit.. tp dr.intan puji kakak sebab kuat.. esoknya abi pula yang bawa kakak 'cuci' mata.. kakak kuat seperti semalamnya.

Wednesday, October 6, 2010

ummi ke bangi..

hari minggu baru2 ini, ummi ke bangi utk hadiri satu kursus di IKRAM bersebelahan dengan UNITEN. abi & anak2 bangun seawal pagi utk menghantar ummi ke sana.

ummi sedang berkursus.. abi & anak2 nak buat apa yea? jalan sebentar ke tasik cempaka bangi..


dijadikan rezeki buat anak2.. maklumlah sejak abi bertukar kerja.. dah agak lama tidak membawa keluarga menginap di hotel.. kebetulan kursus ummi yang selama 2 hari tu.. abi pun ambil keputusan menginap di hotel yang terletak tak jauh dari rumah yang pernah abi.ummi sewa dulu.. nama hotel tu 'Hotel Reko'.. terletak di jalan reko, kajang.. harga boleh tahan jugalah utk bilik family dgn 2 katil queen.. rm128 utk semalam..