hari ahad.. 10 julai 2011.. berlangsungnya pertandingan catur di SMK Hillcrest.. memandangkan abi dah terlalu lama tak sparing dalam game kesukaan abi ni, maka abi pun mendaftarlah masuk.. tapi kali ini abi ditemani bakal grandmaster malaysia.. en.hilman.
pertandingan ni agak menarik kerana ia telah diiktiraf oleh Persatuan Catur Malaysia bertaraf kebangsaan (disebabkan ramainya peserta dengan rating kebangsaan yang join) dengan para pelajar yang menyertai mendapat markah 17/20 utk markah kokurikulum..
gambar kat atas ni masa baru2 sampai.. semangat nak mulakan perlawanan pertama..
ini gambar yang abi sempat ambil.. kalau tak salah ini pusingan ke-6 iaitu yang terakhir
inilah lawan terakhir GM.hilman.. queen dah tak ada.. tapi perjuangan tetap diteruskan! apa lagi.. makan la queen dia tu ;-)
keputusannya agak membanggakan abi.ummi.. daripada 54 peserta, bro.iman mendapat tempat ke 38 dengan pungutan 2 mata daripada 6 pusingan perlawanan... yang terbaik ialah ketika menang di pusingan pertama.. tahniah abi.ummi ucapkan!
pencapaian abi pula?... menang 3 daripada 6... boleh la tahan.. (masa pusingan ke-4 abi keluar ke kenduri kahwin rakan sepejabat abi.. so kalah free2 ajer pusingan tu, kalau tak sure dapat 4 markah dan masuk top 10.. hihi)..
ummi pun tak kurang hebatnya.. dari pagi sampai habis juga la menemankan kami anak beranak.. kakak.auni & ir.syad pun ada juga... kakak kata, "abi, kakak pun nak main chess jugak".. jangan risau auni, nanti abi ajarkan.. ir.syad pun nanti abi ajar yea..