Wednesday, May 25, 2011

24-April-2011.. Hari Sukan Ar-Raudhah

arini..iaitu pada hari ahad.. 24 april 2011.. hari sukan sy.auni & ir.syad.. si kakak ni memang tak sabar2 nak bersukan sebab nak pakai baju sukan kuning dia tu.. hampir setiap kali hujung minggu mesti kakak akan tanya pada abi.ummi... "esok sukan kan?" "hari ni ahad kan?" ..

jadi hari sukan ni pun tiba akhirnya.. keputusannya tidak mengecewakan.. kedua2 anak abi.ummi ni menjadi johan utk setiap kategori yang disertai..

sy.auni menjadi johan utk kategori individu & berkumpulan acara menyusun tin.. ir.syad pula menjadi johan utk kategori individu & berkumpulan acara mengetip pengetip baju pada pinggan..

diakhir aturcara ada acara utk ibubapa & anak.. so.. abi.ummi & bro.iman masuk acara tu iaitu bro.iman kena berlari sambil tertutup mata ke arah ummi.. kemudian ummi ke berlari dengan bakul ke arah abi.. dan abi kena memancing 3 ekor ikan.. dan kemudian berlari bersama2 ke arah garisan penamat.. keputusannya.. semasa saringan.. trio abi.ummi mendapat tempat pertama.. tapi semasa final dapat saguhati ajer..

namun, sebagai pengadil yang jujur dihari tersebut.. abi juga membawa pulang hadiah saguhati..

gambar kakak dapat hadiah ada dalam laptop abi yang satu lagi.. nanti abi update yea.. insya Allah.. muah!

suatu pagi di suatu hari.. pada setiap pagi

maka di setiap pagi.. sy.auni & ir.syad akan naik motosikal abi ke tadika & taska ar-raudhah.. yang terletak tak berapa jauh dari rumah.. beginilah gelagatnya ir.syad kalau mood dia baik..

pulang dari taska.. ummi akan menjemput dengan kancil hijau ummi yang kiut tu... bro.iman macam biasalah.. pergi & balik sekolah pastinya dengan ummi.. nak buat camner.. dah sekolah yang sama.