program ni dah lama abi rancangkan.. sejak 2 bulan yang lepas tiket dah dibeli.. kebetulan semasa browse website airasia, abi lihat harga tiket ke kota kinabalu agak murah dari biasa.. setelah mendapat persetujuan dari ummi, abi pun membuat pembelian secara online..
perjalanan ini agak istimewa kerana kami berada dalam bulan ramadan.. bulan umat islam sedang berpuasa.. dan jadi lebih istimewa kerana inilah kali pertama ummi dan juga anak2 kesayangan abi menaiki kapal terbang..
menginap di KK-SUITES @ Marina Court Resort Condominium... harga kondo ni agak berpatutan iaitu RM 280 semalam.. dengan 3 bilik tidur yang luas dan selesa... ruang tamu yang luas.. dapur yang lengkap.. memang sangat berbaloi jika datang dengan keluarga yang besar.. kedudukan kondo ini pun ditengah pusat bandar kota kinabalu.. jadi senang nak keluar membeli-belah..
nanti abi sambung lagi... gambar pun tak upload lagi.
{ummi} seronok ummi tengok anak-anak ummi termasuk lah ummi berkobar-kobar nak pergi ke Sabah, maklumlah ini first time naik kapal terbang. hehe...
Tuesday, August 16, 2011
14-Ogos-2011.. Perjalanan ke Negeri Di Bawah Bayu
ikhlas dari abi.ummi pada 8/16/2011 09:08:00 PM 0 komen