Friday, December 30, 2011

bro.hilman ke ofis abi.. lagi sekali

minggu terakhir bekerja & cuti sekolah.. abg.hilman ikut abi ke pejabat sekali lagi sebelum minggu depan masuk belajar di darjah 2.. dah besar anak abi yang seorang ni.. cepat betul masa berlalu..

serius sungguh abg.hilman ni..
hari ini hari jumaat.. jadi abi bawa abg.hilman ikut abi ke surau menara TM..
surau TM kat belakang tu..
khusyuk nampaknya...
ni dah kira khusyuk habis dah ni..
ni ada gambar tambahan.. isi perut sebelum solat jumaat..
makan roti & air buat pelapik perut..

Thursday, December 29, 2011

bro.hilman ke ofis abi..

tibalah giliran bro.hilman pula... ini sebenarnya kali kedua bro.hilman datang ke ofis abi.. jadi dia dah agak biasa keadaan dalam ofis ni.. ada pula abg.ibrahim yg rajin melayan..

manis tak senyuman saya?

masa makan tengahari.. abi ajak bro.hilman makan di air terjun.. masa dgn kak.auni pun abi bawa ke sini juga.. masa dgn ir.syad pula abi bawa ke 'tepi sungai'..
air terjun menara TM..
saja nak tunjuk ofis abi kat belakang tu..

posing ambil gambar kejap..

Wednesday, December 28, 2011

ir.syad ke ofis abi..

hari ini giliran ir.syad ke ofis abi pula.. mmg anak abi yg seorang ni dah tak tahan2 lagi menunggu giliran dia utk ikut abi..

amboi... buat apa tu?

nak tahu si kecil ni buat apa.. dia tengah tengok movie.. kartun ice age.
nampak ofis abi tak? teka yg mana satu?
ni belakang ni menara TM..

gambar kat atas ni diambil selepas makan tengahari kat 'tepi sungai'.. ir.syad minum milo tabur.. sedapnyaaa

Pendaftaran Tadika Ar-Raudhah 2012..

seperti biasa setiap permulaan tahun.. anak2 akan memulakan sesi persekolahan.. tahun ini ir.syad akan di daftarkan masuk ke tadika.. jadi sy.auni dah ada geng di tadika..

yuran semasa pendaftaran yg perlu dibayar utk kedua2 anak abi.ummi ialah RM340 (RM150+RM190).

ni yuran tadika
ni yuran utk transit lepas balik dari tadika

yuran bulanan pula ialah RM490.. ini sebelum masuk ansuran yuran semester I (Jan-Mei) utk kedua2nya berjumlah RM96 ((RM230+RM250)/5 bulan)... jadi total ialah RM586 (RM490+RM96) setiap bulan sehingga Mei.

masuk sahaja semester II (Jun-Oct).. yuran ansuran semester utk kedua2nya ialah RM140 ((RM350+RM350)/5 bulan).. menjadikan total bulanan bermula Jun ialah RM630 (RM490+RM140).

semoga anak2 abi.ummi dapat menimba ilmu yang sebanyaknya di tadika ar-raudhah ini.. semoga jadi anak2 yang berilmu serta soleh & solehah... AMIN!

Tuesday, December 27, 2011

sy.auni ke ofis abi...

hari ni sy.auni ikut abi ke ofis.. kalau nak hantar ke tadika dah alang2 ajer.. bro.hilman & ir.syad pula ke sekolah ummi..

kakak duduk di meja abi.. betul2 sebelah abi.. bawa laptop dari rumah supaya tak kacau abi buat kerja.. tapi kakak ni memang baik.. dia buat kerja dia jer...

"tengah buat report akhir bulan ni.. dateline dah dekat"
"nampak tak menara TM belakang saya?"
masa tengahari tadi ajak kakak beli hotdog 1901 dan sedikit makanan ringan.. gambar kat atas tu masa tengah jalan dari menara annexe ke menara TM..