Monday, March 11, 2013

ir.syad dan HSP ..pt6

ini dah masuk hari ke-40 sejak ir.syad terkena penyakit ni.. sejak hari pertama pada 1 februari 2013 yang lepas.. "Ya Allah, Engkaulah yang Maha Penyembuh.. sembuhkanlah anak kami ini.. AMIN"..

diambil waktu pagi ketika tidur..


memandangkan abi tak sampai hati melihat sakit ir.syad ni.. maka pada hari ini abi telah membawa ir.syad ke pejabat abi.. biar abi jaga utk hari ini, tak perlu ke tadika.. kalau ir.syad sakit, biar abi yang dukung.. senang untuk abi pantau lagi sakit ir.syad ni..

ps: by the way, mata ir.syad dah ok..Alhamdulillah.

Sunday, March 10, 2013

ir.syad dan HSP ..pt5

tak tahu nak gambarkan perasaan abi.ummi bila anak kami ir.syad ni bangun pagi dan matanya menjadi bengkak begini..

sepet dah mata ir.syad.. cian sungguh..
kenapa ir.syad pakai coolfever.. sebab malamnya tu suhu badannya agak panas.. abi beri ubat demam klinik.. paginya suhu dah ok, tapi mata pulak jadi gini..

Thursday, February 28, 2013

kakak.auni cabut gigi..

hari ini seperti yang abi janjikan nak bawa kak.auni berjumpa doktor gigi.. kemana lagi kalau tidak ke klinik pergigian azlina.. kesnya ialah gigi kakak tumbuh double dibahagian bawah depan.. gigi susu asal tak tanggal lagi, tapi gigi baru dah mula tumbuh..

doktor yang merawat ni memang pandai ambil hati budak2.. so kakak pun tak takut jadinya.. dalam dok sembang & puji2 terus doktor cabut la gigi susu asal.. beri laluan pada gigi baru nak tumbuh.. sekejap jer operation ni.. kakak rilex muka senyum jer..



siapa baju hijau kat belakang tu?


Thursday, February 21, 2013

ir.syad dan HSP ..pt4

hari ini giliran abi pula jaga ir.syad.. so abi bawa ke ofis abi.. semalam ummi dah bawa ke sekolah ummi..

gembira betul guna laptop abi.. tu ha, main tablet tu..



Friday, February 15, 2013

ir.syad dan HSP ..pt3

semalam dapat surat rujukan dari doktor utk ke hospital pusrawi.. abi & ummi terus ambil cuti keesokkan harinya utk uruskan anak yang seorang ni.. jumpa dgn doktor kamaludin, doktor yang sama yang pernah merawat ir.syad dahulu (boleh refer tulisan lama)..

ir.syad selepas diambil darah.. senyum ajer..hebat.
hasil dari lawatan & rawatan hari ini, doktor memaklumkan yang anak abi.ummi ni mengidap sejenis penyakit yang bernama 'henoch schonlein purpura'.. apa penyakit ni buat kenalah tengok sendiri kat google.. panjang abi nak cerita dalam blog ni.. apa pun doktor kata tak serius mana.. mmg agak lega bila doktor maklum begitu.. bila abi.ummi nak pulang, dibekalkan dgn ubat alahan utk ir.syad..

Thursday, February 14, 2013

ir.syad dan HSP ..pt2

penyakit ir.syad ni belum baik2 lagi.. abiummi terus ke klinik Al-Ikhwan semula untuk mendapatkan rawatan susulan..




doktor kurang pasti dengan penyakit yang sedang ir.syad hadapi lantas terus mencadangkan agar dibawa ke hospital pakar.. doktor menulis surat rujukan dan abi meminta agar dirujuk ke hospital pusrawi..

Friday, February 1, 2013

ir.syad dan HSP ..pt1

abi sedang berada di taman negara pahang ketika ummi menghubungi abi memaklumkan tentang apa yang terjadi pada ir.syad.. mmg abi agak terkejut & sangat risau lebih2 lagi abi berada jauh dan tak dapat berbuat apa2 melainkan hanya berdoa agar semuanya selamat..

kaki ir.syad membengkak..
ini gambar sejurus ummi pulang ke rumah selepas pulang dari ceramah di masjid as-syakirin gombak.. tak diketahui punca sebenar bagaimana boleh terjadi begini.. ummi pada malam tersebut tak dapat bawa ke klinik kerana malam sudah agak lewat.. keesokkan harinya barulah ummi dapat bawa ir.syad ke klinik.. doktor bekalkan dgn beberapa ubat dan antibiotik..

Sunday, January 27, 2013

terima kasih pak.teh!!

mama.tuk, ayah.tuk, pak.teh & pak.su dah nak balik sg.petani.. datang KL utk hadir kenduri kahwin anak saudara abi di bukit jelutong.. yang bestnya, masa balik pak.teh beri ole-ole kat anak2 buah dia..

pegang elok2 duit tu..

free sytle.. tapi cam tak free style jer..

Thursday, January 24, 2013

sambutan maulidur rasul 2013..

bertempat di masjid as-syakirin gombak.. sekeluarga ke masjid.. memeriahkan sambutan maulidur rasul di masjid berdekatan rumah..

"sila fokus pada ceramah yea anak-anak"
ummi dengan kak.auni ada kat belakang.. saf orang perempuan..