Sunday, August 19, 2007

ujian dariNya...

semalam hilman mengadu sakit perut sejak pukul 2 pagi. pukul 4 am, hantar ke hospital selayang. doktor cuma beri paracetamol utk tahan sakit. auni pula sejak 2 hari yang lepas cirit saja. pagi ni juga suhu badan dah mula naik semula.

pukul 7.30 pm tadi hantar kedua2 anak kesayangan abi.ummi ni semula ke hospital selayang. kali ini, hilman kena ambil darah dan juga kena x-ray perut. auni pun kena ambil darah. tapi kali ni doktor masukkan air ke dalam badan auni. hasil ujian darah & x-ray hilman tidak menunjukkan sebarang kuman atau jangkitan. ujian pada auni pun sama keputusannya. alhamdulillah, syukur pada Allah, lega hati abi.ummi. dalam pukul 11.00 pm barulah semuanya selesai.


dalam perjalanan balik, di simpang masjid as-sharif, abi 'terlanggar' lampu merah. maklumlah nak cepat balik rumah sebab dah berjam berada dihospital. elok saja selepas selekoh ke kanan, nampak polis mengamit2 sesuatu. bila kereta ke depan sikit lagi, ada road block. kereta abi kena tahan.

"lesen encik", kata polis setelah membelek2 cukai jalan kereta abi. "dari mana ni encik?", tanya polis. "minta maaf banyak2 encik. dari hospital ni, anak dua2 orang sakit", abi jawab. "hmm..takpelah, boleh pergi", kata polis. alhamdulillah lagi sekali, syukur pada Allah sebab terlepas daripada musibah yang sepatutnya boleh dielakkan.

5 comments:

mak ngah amy said...

Sabor ler Di... Nasib baiklah auni ngan hilman tu dua-dua budak baik. Sakit pun langsung tak meragam. Redha je...
Semalam Hilman baik sgt kat rumah Mak Ngah. Dia tengok Playhouse Disney sampai tak nak minum susu dengan makan telur rebus. Tau-tau tertidur cenggitu je..

rox said...

tumpang tanya....
ni blog kaum keluarga ker?
hehehe

abi.ummi said...

kaum keluarga dari susur galur zainol ahmad.. :-)

mak ngah amy said...

At least bleh gak atuk ngan mak tuk diorang ni tengok. Bukan mcm orang tu... nak buat blog tapi tak mau kaum keluarga baca. kalau centu baik tulis diari peh tu taruk kunci. keh keh keh...

chiku the chucuru said...

bukan ada anak-anak pn nak report perkembangan kat blog.baca pn watperrr... blog ngarut2 jeee... apa barang!!! lainla bedy. org nak tgk anak cucu, anak buah ni ha. ada gak benda menarik nk tgk...