alhamdulillah, genaplah 50 tahun negara malaysia menyambut hari kemerdekaannya. tapi posting hari ini bukan untuk bercerita mengenai kemerdekaan, tetapi mengenai pelancaran web abi.ummi yang baru di abiwalummi.fotopages.com.
biasanya abi.ummi akan edit beberapa gambar dan mengecilkan saiznya menggunakan adobe photoshop sebelum diupload ke anak2abiummi.blogspot.com sebabnya semua gambar tersebut akan disimpan di Picasa Wel Albums yang mana membenarkan simpanan gambar sehingga 1024 MB sahaja.
oleh yang demikian, bagi memudahkan kerja dan menyenangkan kerja2 meng'update' blog ini (mak ngah suka la ni), maka abi.ummi pun sign-uplah di fotopages.com. disini tiada sebarang limit simpanan gambar diberikan (buat masa ini rasanya).
maka dengan itu, abi.ummi mengalu-alukan kehadiran semua di abiwalummi.fotopages. buat masa ni, gambar taklah berapa banyak sangat. :-)
Saturday, September 1, 2007
pelancaran abiwalummi fotopages..
ikhlas dari abi.ummi pada 9/01/2007 11:12:00 PM
No comments:
Post a Comment