Ayah dan Ibu 2x
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari ..aaahai (ulang rangkap)
Yang dikurniakan dari Ilahi..aaahai
Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibulah mesti dihormati (ulang rangkap)
Ayah dan Ibu 2x
Wali wali keramat
Pada mereka kita beri hormat ..aaahai
Bagilah tunjuk
Ajar dan nasihat ..aaahai
Supaya hidup..
Supaya hidup kita akan selamat
Thursday, March 25, 2010
lagu yang sering meniti di bibir kakak...
ikhlas dari abi.ummi pada 3/25/2010 11:33:00 PM 0 komen
Monday, March 22, 2010
derita anak kecil abi.ummi .. part 2
gambar ni abi ambil pada 12 mac yang lalu. penyakit kulit ir.syad dah merebak ke leher pula. kesian abi.ummi pada anak kecil kami ni. lebih2 lagi apabila rasa gatal datang dan ir.syad mengaru2 pada kulitnya.. kulit yang merah semakin merah. pada ketika ni abi.ummi rasa semakin risau cuma apabila dilihat pada perkembangan baik di muka ir.syad memberi keyakinan pada abi.ummi untuk meneruskan apa yang telah abi.ummi lakukan sebelum ini.
gambar terkini...as of 20 mac, kelihatan penyakit kulit pada muka & leher ir.syad semakin pulih. Alhamdulillah, syukur tak terkira pada Pencipta.
ikhlas dari abi.ummi pada 3/22/2010 11:43:00 AM 0 komen
Wednesday, March 10, 2010
abi...nak tengok kuda
memang kerap abi bawa anak2 naik motor pergi pusing keliling kampung tengok haiwan2 ternakan...tengok kambing, tengok lembu, tengok ayam, tengok kuda.. jangan main2, dalam kampung ni ada orang ternak kuda..
ikhlas dari abi.ummi pada 3/10/2010 02:59:00 PM 0 komen
1-Jan-2010... induction day for hilman
taklimat dah tamat. yang memberi taklimat minta semua parent supaya tinggalkan anak masing2 dalam dewan. abi.ummi pun kenalah keluar juga dan tinggalkan anak lelaki abi.ummi ni dalam dewan. anak lelaki abi yang sorang ni memang dah biasa dengan persekitaran sekolah, maklumlah umminyakan cikgu..cuba tengok muka dia, senyum jer.
ikhlas dari abi.ummi pada 3/10/2010 02:33:00 PM 1 komen
jalan2 ke sungai..memori 14-Nov-2009
nak dijadikan cerita, pada tarikh yang disebutkan bersamaan hari sabtu, abi kena jaga anak2 sbb ummi ada 'extra work' di sekolah. mulanya nak bawa berjogging, last2 abi bawa jalan2 ikut jalan lama ke bentong dan akhirnya sampai kat sungai ni..[abi]
ikhlas dari abi.ummi pada 3/10/2010 12:25:00 PM 0 komen
Monday, March 8, 2010
derita anak kecil abi.ummi ..
nak dikatakan ekzema, telah banyak yang abi baca dan semuanya seperti tidak kena dengan apa yang ir.syad hadapi. tetapi doktor diklinik ada mengatakan ianya adalah sejenis 'facial eczema'. namun, sememangnya anak kesayangan yang nombor tiga ni mudah untuk dijangkiti penyakit. pernah juga doktor diklinik lain memberitahu yang ir.syad ini berkemungkinan lemah sistem imunisasinya, jadi kena belikan pelbagai makanan tambahan untuk meningkatkan daya tahannya.
ini adalah wajah ir.syad selepas 2 minggu diserang penyakit kulit. ummi tak beri abi sebut ekzema sebab tak sure. lagipun abi.ummi belum bawa jumpa pakar kulit. abi cuba jadi pakar kulit sendiri. dah banyak perubahan baik pada kulit ir.syad selepas pelbagai ubat yg abi.ummi berikan.
antara ubat sapu klinik yang abi.ummi gunakan ialah 'hydrocortisone'. tambah juga guna 'econozine'...yang ni abi beli sendiri dari farmasi (lepas baca tulisan2 orang di web2 lain, abi dah kurangkan penggunakan 'econozine' ni sebab dikatakan mempunyai kadar steroid yg tinggi yg tak sesuai dgn kanak2). ubat lain, abi tambah dengan ubat yang abi percaya dari jenama 'healin'... ada 'derma x', 'lukano' & 'linimen gamat'.
gambar diatas disebelah kiri untuk kegunaan luaran. bagi support dalaman pula, abi berikan 'scott's emulsion' dan 'bio-strath' (gambar diatas sebelah kanan). scott's emulsion tu rasanya dah ramai yg tahu kebaikannya, rasanya pun sedap (tapi kena ambil perisa orenlah), jadi mudah nak berikan pada anak2.
satu lagi tu, 'bio-strath' dicadangkan oleh seorang doktor masa pergi bawa ir.syad ke klinik dia. harganya RM128 (tak boleh masuk dalam bil klinik panel). sebab abi nak sangat anak abi kembali pulih, abi pun ambil juga. rasanya agak kurang sedap walaupun ada madu ditambahkan.
selain tu, abi beri juga pil2 tambahan seperti vitamin C (abi beli royal jelly vita-c) dan IgMax (tablet kolostrum). Tengoklah seminggu dua lagi, abi akan update perkembangan ir.syad ni. [abi]
ikhlas dari abi.ummi pada 3/08/2010 07:16:00 PM 3 komen