nak dikatakan ekzema, telah banyak yang abi baca dan semuanya seperti tidak kena dengan apa yang ir.syad hadapi. tetapi doktor diklinik ada mengatakan ianya adalah sejenis 'facial eczema'. namun, sememangnya anak kesayangan yang nombor tiga ni mudah untuk dijangkiti penyakit. pernah juga doktor diklinik lain memberitahu yang ir.syad ini berkemungkinan lemah sistem imunisasinya, jadi kena belikan pelbagai makanan tambahan untuk meningkatkan daya tahannya.
ini adalah wajah ir.syad selepas 2 minggu diserang penyakit kulit. ummi tak beri abi sebut ekzema sebab tak sure. lagipun abi.ummi belum bawa jumpa pakar kulit. abi cuba jadi pakar kulit sendiri. dah banyak perubahan baik pada kulit ir.syad selepas pelbagai ubat yg abi.ummi berikan.
antara ubat sapu klinik yang abi.ummi gunakan ialah 'hydrocortisone'. tambah juga guna 'econozine'...yang ni abi beli sendiri dari farmasi (lepas baca tulisan2 orang di web2 lain, abi dah kurangkan penggunakan 'econozine' ni sebab dikatakan mempunyai kadar steroid yg tinggi yg tak sesuai dgn kanak2). ubat lain, abi tambah dengan ubat yang abi percaya dari jenama 'healin'... ada 'derma x', 'lukano' & 'linimen gamat'.
gambar diatas disebelah kiri untuk kegunaan luaran. bagi support dalaman pula, abi berikan 'scott's emulsion' dan 'bio-strath' (gambar diatas sebelah kanan). scott's emulsion tu rasanya dah ramai yg tahu kebaikannya, rasanya pun sedap (tapi kena ambil perisa orenlah), jadi mudah nak berikan pada anak2.
satu lagi tu, 'bio-strath' dicadangkan oleh seorang doktor masa pergi bawa ir.syad ke klinik dia. harganya RM128 (tak boleh masuk dalam bil klinik panel). sebab abi nak sangat anak abi kembali pulih, abi pun ambil juga. rasanya agak kurang sedap walaupun ada madu ditambahkan.
selain tu, abi beri juga pil2 tambahan seperti vitamin C (abi beli royal jelly vita-c) dan IgMax (tablet kolostrum). Tengoklah seminggu dua lagi, abi akan update perkembangan ir.syad ni. [abi]
3 comments:
Cian kat icad... huuhuhuhu...
arap2 icad cpt sembuh dan hensem semula...
cumelnye diee....
alahai siannya...
rindunya diorgggggggg
ala tipu je mamajang punya rindu tu...
Post a Comment