Friday, September 3, 2010

nanamin.. nanamin.. panggilan pertama sy.auni buat sepupunya

selamat datang ke dunia!


wahai anak saudaraku, pak.lang doakan semoga dikau menjadi anak yg soleh. anak yg menginsafi akan asal kejadianmu. menyedari akan tujuan dikau diciptakan. memahami akan hakikat kehidupan di dunia yg sementara ini. jadilah seorang khalifah yg meletakkan tuhanmu, ALLAH, di tempat tertinggi & paling utama dalam hati sanubarimu. jadikan al-Quran sbg panduan hidupmu. jadikan Rasulullah sebagai ikon/idola hidupmu. cantik benar namamu, sama dengan junjungan besar kita iaitu Muhammad. cantik benar namamu, sama dengan gelaran yg diberi pada manusia mulia iaitu Al-Amin. oleh itu wahai anak saudaraku, jagalah namamu seolah-oleh dikau menjaga nama baik rasul kita, Muhammad SAW.

dan tak lupa juga wahai anak saudaraku, jika sekiranya saban tahun dikau meraikan hari kelahiranmu ke dunia ini, maka janganlah dilupa sama sekali, bahawa sesungguhnya, pak.lang juga lahir pada bulan september. salam sayang buat anak saudaraku.

ps: pak.lang sayang damia juge. ayah.long sayang syarafi juge.

3 comments:

Anonymous said...

hahaha... pesanan yg touching. tp ending cam tooottt... skit

~majang~

abi.ummi said...

ending tu pun penting tau :-)

mama nanamin said...

pergh pak lang punya entry.... muka nanamin sekarang dh lain benar dari mula2 kuaq peyut