petang ni abi bawa hilman & auni pusing2 kampung kerdas naik motor. irsyad tak ikut sbb tertidur kepenatan dirumah. dalam pusing2 tu teringat tempat berkuda yang ada dalam kampung ni, so abi pun pergilah singgah.
sampai saja hilman terus teruja nak naik kuda.. tapi kakak.auni macam takut2 sikit.. tak berani naik seorang katanya.. jadi kena naik berdua dengan abg.hilman.. pusing2 naik kuda..
bacaan berkaitan:
abi...nak tengok kuda
Wednesday, November 24, 2010
hilman dan auni berkuda..
ikhlas dari abi.ummi pada 11/24/2010 07:11:00 PM 0 komen
ir.syad berkursus sempena ummi cuti sekolah..
hari ini hari pertama kursus.. agak kurang berjalan lancar seperti yang diduga.. hari pertamalah katakan.. tak mengapalah.. abi.ummi yakin ir.syad boleh.. dulu abg.hilman ngan kakak.auni pun abi.ummi ajar begini juga..
esok hari kedua.. selamat berjaya dari abi.ummi...
ikhlas dari abi.ummi pada 11/24/2010 06:00:00 PM 0 komen
Monday, November 22, 2010
auni berdiri atas pentas..sambil nyanyi
"kakak.auni, cuba kakak ajar abi macam mana nak nyanyi lagu pukul 6 pagi tu" minta abi pada suatu hari sebelum berlangsungnya majlis ihtifal tadikanya. auni dengan sukanya mengajar abi menyanyi disertai dengan gaya yang sepatutnya ditunjukkan semasa persembahan nanti. penuh semangat auni tunjukkan walaupun abi minta diulang2. dengan gaya dan nyanyian auni ni pasti persembahan pada 14 november ni akan penuh keceriaan... cetusan mulus dari hati abi.
setelah hampir setiap hari auni bertanya, "abi.. ummi.. bila nak ke dewan ni? auni nak buat persembahan"... Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan pun berkunjung tiba. kebetulannya persembahan dari kumpulan auni adalah persembahan pertama pada hari tersebut.. abi & ummi tak sabar2 nak melihat kakak.auni ni menyanyi sambil mengayakan gerak geri yang telah diajarkan oleh cikgu2 tadikanya..
apabila persembahan bermula....
aduhai si comel sayang intan payung abi.ummi ni.. lain kali jangan lupa gayakan geraknya yeaa... macam yang kakak.auni buat kat bawah ni..
ikhlas dari abi.ummi pada 11/22/2010 05:44:00 PM 0 komen
hilman berzapin
songkok hitam yang baru.. seluar hitam yang baru.. kasut hitam yang baru.. hilman nampak segak dengan pakaian penuh zapinnya.. bak kata ummi bila hilman naik pentas "hensemnya anak lelaki ummi ni".
tarian zapin ni bersempena majlis anugerah kecemerlangan akademik, MAKA 2010 yang ke-9, Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi (SETIABUDI).. hilman yg berbaju oren tu..
ikhlas dari abi.ummi pada 11/22/2010 05:40:00 PM 0 komen