Monday, November 22, 2010

auni berdiri atas pentas..sambil nyanyi

"kakak.auni, cuba kakak ajar abi macam mana nak nyanyi lagu pukul 6 pagi tu" minta abi pada suatu hari sebelum berlangsungnya majlis ihtifal tadikanya. auni dengan sukanya mengajar abi menyanyi disertai dengan gaya yang sepatutnya ditunjukkan semasa persembahan nanti. penuh semangat auni tunjukkan walaupun abi minta diulang2. dengan gaya dan nyanyian auni ni pasti persembahan pada 14 november ni akan penuh keceriaan... cetusan mulus dari hati abi.

setelah hampir setiap hari auni bertanya, "abi.. ummi.. bila nak ke dewan ni? auni nak buat persembahan"... Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan pun berkunjung tiba. kebetulannya persembahan dari kumpulan auni adalah persembahan pertama pada hari tersebut.. abi & ummi tak sabar2 nak melihat kakak.auni ni menyanyi sambil mengayakan gerak geri yang telah diajarkan oleh cikgu2 tadikanya..

apabila persembahan bermula....



aduhai si comel sayang intan payung abi.ummi ni.. lain kali jangan lupa gayakan geraknya yeaa... macam yang kakak.auni buat kat bawah ni..

No comments: