Saturday, November 24, 2012

bro.hilman melangkah ke alam teruna

Alhamdulillah.. abi syukur sangat sebab TM ada mengadakan majlis berkhatan anak2 anggota TM.. sebenarnya dah lama abi plan dan saving utk buat majlis ni.. tetiba dapat email tentang majlis ni.. abi tanpa lengah terus daftar untuk anak abi yang sorang ni..

sampai agak lewat.. kenalah nombor 77

aturcaranya..

terima buah tangan..nak bagi hati tenang..

masih maintain relax..

dah ada pucat2 sket..

tapi masih mampu mengukir senyuman..

selesai sudah.. Alhamdulillah.
tu dia... masih cool macam biasa.. bro.hilman ni memang kuat orangnya.. kuat semangatnya.. boleh jadi contoh yang baik buat adik2..

Saturday, November 17, 2012

abi & kakak.auni jalan-jalan...

pagi ni abi bawa kak.auni jalan2 naik motor honda wave 100 abi pusing2 keliling kampung.. merasakan nyaman pagi & ketenangan suasana diwaktu manusia belum sibuk dengan urusan dunia... pusing punya pusing sampai terkeluar kampung masuk ke taman, singgahlah kami di kedai makan ni..

sedapnya minum milo ais pagi2.. roti canai pun licin.. alhamdulillah
abi pesan nasi lemak.. untuk ummi & anak2.abi dirumah, abi bungkuskan roti canai juge..

Sunday, November 11, 2012

majlis ikhtifal @ hari kecemerlangan tadika ar-raudah..

seperti tahun2 sebelumnya.. abi & ummi hadir utk majlis akhir tahun tadika kak.auni & ir.syad.. tahun ni agak istimewa kerana ini tahun terakhir kak.auni, maklum sajalah tahun depan dah nak masuk darjah satu di sekolah ummi..

istimewanya lagi buat kak.auni & abi.ummi ialah tanpa disangka kak.auni terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk tadika ar-raudhah taman kamariah..

auni melihat ke arah ummi..
yang buat abi.ummi sangat bangga ialah apabila pengerusi majlis menjemput abi & ummi naik ke stage utk sama-sama meraikan kejayaan anak abi.ummi ni..
menerima plak pelajar cemerlang dan tuala bersulam nama
itulah cerita tentang kakak auni...

ada satu lagi cerita istimewa sewaktu majlis ikhtifal ni... yang ini memang lagilah tak disangka-sangka... anak abi.ummi yang bongsu (bongsu buat masa ini) ni telah diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk pelajar 4 tahun... siap naik stage ambil hadiah...
anugerah pelajar terbaik 4 tahun
 bangga betul abi.ummi dibuatnya...
bergambar dgn hadiahnya..
semoga anak2 abi.ummi terus cemerlang di dunia ini... dan moga lebih cemerlang di akhirat... amin Ya ALLAH.

Saturday, November 10, 2012

KIDZANIA!!! seronoknyaaa..

memang best kat sini.. bukan setakat anak2 terhibur.. abi.ummi pun terhibur sama.. cuma paling seronok adalah anak2 la sebab disini semuanya berkaitan mereka.. ibubapa hanya memantau saja.. nasib baik ada lounge VIP utk parent..

baru lepas daftar.. dapatduit kidzo utk belanja..

ni pintu masuk dia.. kena check-in..

hilman yg kat hujung tu.. serius tul dengar taklimat nak padam api..

adik beradik ni kerja kat poslaju hantar barang..

irsyad menjadi pelukis.

kak.auni & bro.hilman sibuk menghasilkan vitagen.

kak.auni & ir.syad sedang menyiapkan burger marrybrown.

ir.syad dalam bilik rakaman tv.. sbg pengarah

bro.hilman & kak.auni sbgi cameraman..
ada lagi pekerjaan yang anak2 abi.ummi ni buat.. sebagai juruterbang@pilot dan pegawai polis.

Saturday, October 6, 2012

ummi dan gadgetnya...

hari ini abi bawa ummi ke wangsa walk utk survey gadget yg ummi nak sangat.. untuk mudahkan ummi mencari maklumat katanya.. maklumkan ummi sekarang bergelar seorang pelajar walaupun sebagai seorang guru.. guru di sekolah setiabudi & pelajar di universiti malaya.. moga2 ummi dapat menyiapkan master ummi ni sebaiknya..


masuk ajer ke wangsa walk ada sebuah kedai ni.. singgahlah meninjau kot2 ada yang berkenan... sambil meninjau anak2 abi.ummi dipanggil utk join acara yang secara kebetulan wangsa walk jalankan.. acaranya ialah berebut kerusi... bila lagu dipadamkan kenalah berebut kerusi yang tinggal... dan nak dijadikan ceritanya.. kak.auni jadi juara menewaskan seorang budak lelaki sewaktu kerusi tinggal sebuah saja.. mungkin budak tu nak jadi gentleman kot... :-)

ir.syad yg mula2 keluar.. pastu bro.iman & the winner is kak.auni
dipendekkan cerita untuk entry kali ni... abi & ummi pun dapatlah gadget yang dicari di kedai ini.

Friday, September 21, 2012

Demi dirimu Ya Rasulullah!

protes ini dianjurkan oleh parti islam semalaysia.. diadakan sebaik usai solat jumaat.. tempat berkumpul disekitar bangunan tabung haji dan terus berarak ke hadapan kedutaan amerika... protes terhadap filem yang menghina kemuliaan nabi Muhammad SAW.. Alhamdulillah.. abi diberi kesempatan waktu untuk turut bersama-sama dalam protes ini..

dihadapan kedutaan amerika
buat anak2 abi.ummi.. cintailah nabi kita.. amalkan sunnahnya.. sentiasalah berselawat kepadanya.. dan pertahankan nabi kita dgn segala kemampuan kita.. 

Thursday, September 20, 2012

selamat hari lahir kakak!

lawanya kek.. saper beli? .. ini adalah hadiah istimewa dari mak.jang.. "Terima kasih Mak Jang!!"

potong elok2 kakak..

amboi.. sukenyer dia..

sudah genap 6 tahun..

Sunday, August 19, 2012

Solat hari raya aidilfitri..

Alhamdulillah.. selesai solat raya..



Saturday, August 11, 2012

Desa Seri Warisan.. almost ready

Alhamdulillah... ada progress... hampir siap dah rumah abi.ummi ni..

inilah rupanya..

"bila nak pindah ni abi?"

hilman masuk majalah lagi?.. g3 (gah! gempak giler!)

lokasi di tesco beranang.. sebelum berbuka puasa singgah kat kedai buku.. ummi boleh pula belikan majalah g3 utk abg.iman... tapi yang tak disangka sangat ialah ada pula wajah abg.iman dalam majalah tu.. walaupun gambar tu sebenarnya candid ajer.. tapi apa yang penting.. yang penting masuk majalah... glamer gitu.

"jom beli majalah g3 edisi khas ogos 2012"

"sila buka m/s 160 yea utk melihat saya"

tengok apa tu abg.iman?

Wednesday, August 8, 2012

pengalaman di taman abadi..

hari ini.. perginya sepupu abi yang telah lama mengidap penyakit kanser yang menyerang bahagian otak.. pemergiannya begitu 'baik' sekali.. apatah lagi disempurnakan dengan begitu sempurna sekali oleh Ustaz Badrul Amin..

alhamdulillah.. moga memperoleh manfaat & pengajaran

anak2 abi.ummi pula kelihatan agak 'teruja' kerana mungkin dalam usia begini telah dapat memahami keadaan sekeliling.. ditambah pula dengan pengalaman menonton rancangan pengajaran 'tanah kubur' di astro oasis.. hinggakan anak2 abi.ummi ingin merasakan dan melihat sendiri bagaimana urusan pengkebumian dilakukan..

Tuesday, July 24, 2012

hilman dalam majalah e-BACA...

hari ini sebaik abi sampai dirumah.. abg.iman terus menerpa ke arah abi sambil menunjukkan sebuah majalah.. "hilman ada dalam majalah".. kata abg.iman..

inilah majalahnya

m/s 36.. mana abg.iman?

m/s 37... tu ha dia
ummi kata.. "alaa... ummi pun masuk majalah juga"... abi kata.. "dulu tangan abi pernah masuk tv3 tau"..

Thursday, July 19, 2012

ummi sakit.. part 3

malam tadi barulah ketiga2 anak2abiummi dapat berjumpa dengan ummi tercinta.. seronok betul mereka.. gambar bawah ni kat lif basement B2.. masa abi mengambil anak2 ni, mak.jang & pacik.yo ada menemani ummi..

yeaa.. nak jumpa ummi!
malam berlalu... abi tidur dibawah bersebelahan ummi... sejuk betul rasanya.. pagi ni Alhamdulillah.. ummi dah semakin kuat.. dah boleh bangun dari katil untuk mandi..
pejabat abi di wad.. tgh buka blog anak2abiummi
ummi ada sebelah abi tu.. nampak?
[update...pukul 10.36 malam]... Alhamdulillah, ummi kini dah berada di rumah.. dapat discharge dari hospital lebih kurang pukul 1.oo petang tadi.. bil keseluruhan berjumlah rm2680.80 tapi abi cuma perlu bayar rm180.80 disebabkan melebihi had pada item 'Delivery Limit'.. apakah itu? abi pun tak tahu...

Wednesday, July 18, 2012

ummi sakit.. part 2

Alhamdulillah.. dalam pukul 12.48 tengahari tadi ummi dah kembali semula ke wad.. nampak kepenatan pada wajah ummi mungkin kesan dari bius penuh.. sempat juga nurse maklumkan yang ummi tak boleh balik hari ni.. esok baru ummi boleh discharge..

nurse serahkan pada abi.. anak abi.ummi 'de 'fourth'.. abdullah.. usia 10 minggu.. sebesar panjangnya lebih kurang 6 cm... dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali..

Abdullah @ de 'fourth'
adakah abi.ummi perlu menukar tajuk blog ini kepada de 'fifth'?..

ummi sakit.. part 1

hari ini abi hantar & teman ummi ke hospital pusrawi.. abg.iman ke sekolah dihantar oleh ami.fendi.. yang dua orang lagi tinggal dgn mak.jang mereka.. maktuk & atuk.kedah pun ada.. kebetulan maktuk & atuk baru sampai dari london..

ummi baru check-in ke wad
semasa abi sedang menulis ni.. ummi telah berada dalam bilik operation untuk buat Dilatation and Curettage @ ringkasnya d&c.. semoga Allah memberikan pahala atas kesabaran ummi.. juga semoga Allah selamatkan & permudahkan operasi ummi.. dan semoga anak abi.ummi yang 'telah pergi' ini menjadi 'anugerah' buat abi.ummi di akhirat nanti.. nanti cari abi.ummi yea sayang!!!... Amin.
bilik operasi ummi
nurse kata kat abi.. "sampai sini jer yea"
bilik operasi terletak di tingkat 3.. nurse tak bagi abi masuk... jadi abi sekarang berada di tingkat 4.. wad saadah bilik 8..single bed.. tq tm!

ikutkan nurse tadi.. total masa dalam bilik operasi lebih kurang 2 jam.. tapi operation cuma 40 minit.. and kalau tak ada sebarang masalah, insya Allah ummi boleh pulang hari ini juga..

Ya ALLAH, selamatkanlah isteriku.. kasihanilah dia.. maafkanlah dia..rahmatilah dia.. sesungguhnya dia adalah seorang anak, isteri & ibu yang baik.. Amin.

Friday, May 25, 2012

bro.hilman tampal gigi..

dah agak lama bro.hilman mengadu sakit gigi.. rupanya gigi berlubang.. teruk juga lubangnya.. so kenalah jumpa doktor gigikan.. gambar kat bawah ni bro.hilman tengah ditampal lubang2 giginya..



Saturday, May 19, 2012

ke ISTAC..

jemput ummi pulang dari ISTAC @ International Institute of Islamic Thought and Civilization.. nasib baik ummi ber'bengkel' disini.. dapat la juga abi & anak2 melihat cantiknya bangunan ISTAC ni.. nak ketahui tentang ISTAC? lawati http://www.iium.edu.my/istac/ .. ewah..promosi lak..

baru tiba..

di kawasan lapang ISTAC

di air terjun ISTAC

Tuesday, January 10, 2012

selamat hari lahir buat anakku... ir.syad

10 januari tahun masihi @ 1 muharram tahun hijrah... maka hari ini sudah genap 4 tahun usia anak kecil abi ni.. semoga membesar menjadi anak yang soleh..AMIN!

sedapnya indulgence...
yessss.....