Sunday, November 11, 2012

majlis ikhtifal @ hari kecemerlangan tadika ar-raudah..

seperti tahun2 sebelumnya.. abi & ummi hadir utk majlis akhir tahun tadika kak.auni & ir.syad.. tahun ni agak istimewa kerana ini tahun terakhir kak.auni, maklum sajalah tahun depan dah nak masuk darjah satu di sekolah ummi..

istimewanya lagi buat kak.auni & abi.ummi ialah tanpa disangka kak.auni terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk tadika ar-raudhah taman kamariah..

auni melihat ke arah ummi..
yang buat abi.ummi sangat bangga ialah apabila pengerusi majlis menjemput abi & ummi naik ke stage utk sama-sama meraikan kejayaan anak abi.ummi ni..
menerima plak pelajar cemerlang dan tuala bersulam nama
itulah cerita tentang kakak auni...

ada satu lagi cerita istimewa sewaktu majlis ikhtifal ni... yang ini memang lagilah tak disangka-sangka... anak abi.ummi yang bongsu (bongsu buat masa ini) ni telah diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk pelajar 4 tahun... siap naik stage ambil hadiah...
anugerah pelajar terbaik 4 tahun
 bangga betul abi.ummi dibuatnya...
bergambar dgn hadiahnya..
semoga anak2 abi.ummi terus cemerlang di dunia ini... dan moga lebih cemerlang di akhirat... amin Ya ALLAH.

No comments: