hari sabtu.. hari cuti buat abi.. tapi ummi perlu ke sekolah kerana ada kursus.. ummi pula dah berjanji nak bawa anak2 ikut ke sekolah.. jadi pagi2 lagi anak2 dah bersiap nak mengikut ummi...
tiba2 abi menerima panggilan telefon.. berdebar hati abi bila ummi maklumkan yg bro.hilman dalam bilik kecemasan dan sedang dijahit lukanya.. sempat ummi maklumkan yg mereka sedang berada di bilik kecemasan klinik UIA sebab handpon ummi dah kehabisan bateri..
abi tanpa berlengah terus ke sana..
 |
dipangku teacher adila.. |
tiba saja di klinik, abi nampak bro.hilman sedang dipangku oleh teacher adila.. dah berbalut pun lukanya.. abi risau sebab khuatir luka tersebut tersangat dalam.. sedang dalam duduk2.. doktor yang menjahit bro.hilman keluar.. abi terus mendapatkan doktor untuk dapatkan pengesahan doktor tentang keadaan anak lelaki abi ni..
Alhamdulillah.. doktor kata yang lukanya hanya melibatkan kawasan kulit..masih perlu dijahit kerana agak dalam dan panjang..
 |
suasana dalam klinik UIA |
belanja rawatan adalah sebanyak RM40... mengikut nurse yg menyerahkan ubat, bro.hilman perlu hadir semula ke klinik pada hari isnin nanti utk rawatan cucian luka...
mengikut cerita dari ummi.. semasa sampai ke klinik ni dalam keadaan bro.hilman yang berdarah2 tu.. nurse depan kaunter boleh lagi bertanya..."ada surat rujukan?"... ummi pun balas "dalam keadaan kecemasan ni pun nak surat?"... nurse reply "haah kan.. ni kes kecemasan... ok, boleh masuk"..