Wednesday, January 4, 2012

hari pertama ir.syad ke tadika ar-raudhah

penuh semangat & kegembiraan.. maklum la.. pakai kasut baru.. stokin baru... baju purple tadika.. nak ke hari pertama di tadika.. siap naik kereta ummi lagi.. kak.auni ikut naik motorsikal abi...

..peace..

eh... eh.. ni kenapa pula ni ir.syad? dalam pengalaman abi.ummi... masa bro.iman ngan kak.auni masuk tadika.. dua-dua tu memang seronok sangat nak bersekolah.. tak sabar2 nak belajar.. memang tak menangis langsung.. senyum ajer.. ini pengalaman baru ni buat abi.ummi...
kuatnya peluk ummi..
bro.iman nak ke mana tu?

ummi kena ke sekolah segera.. nak hantar bro.iman juga masuk darjah 2.. so abi pulalah yg ambil alih dukung ir.syad ni..

nampak tak kak.auni dalam gambar tu?.. tak sabo2 dah nak masuk kelas..

so macam mana nak buat dengan kes anak ketiga abi.ummi ni?... memandangkan sebenarnya cikgu tadika tak sampai lagi.. abi pun bawa ir.syad & kak.auni ke taska terlebih dahulu.. nasib abi sangat baik sebab teacher.ning ada masa tu.. tr.ning kata dia akan tolong bawakan ir.syad ke tadika.. oleh kerana ir.syad pun dah tenang.. abi pun bergerak ke pejabat.

tak sabar nak balik dengar report dari kakak!

No comments: