Saturday, November 24, 2012

bro.hilman melangkah ke alam teruna

Alhamdulillah.. abi syukur sangat sebab TM ada mengadakan majlis berkhatan anak2 anggota TM.. sebenarnya dah lama abi plan dan saving utk buat majlis ni.. tetiba dapat email tentang majlis ni.. abi tanpa lengah terus daftar untuk anak abi yang sorang ni..

sampai agak lewat.. kenalah nombor 77

aturcaranya..

terima buah tangan..nak bagi hati tenang..

masih maintain relax..

dah ada pucat2 sket..

tapi masih mampu mengukir senyuman..

selesai sudah.. Alhamdulillah.
tu dia... masih cool macam biasa.. bro.hilman ni memang kuat orangnya.. kuat semangatnya.. boleh jadi contoh yang baik buat adik2..

Saturday, November 17, 2012

abi & kakak.auni jalan-jalan...

pagi ni abi bawa kak.auni jalan2 naik motor honda wave 100 abi pusing2 keliling kampung.. merasakan nyaman pagi & ketenangan suasana diwaktu manusia belum sibuk dengan urusan dunia... pusing punya pusing sampai terkeluar kampung masuk ke taman, singgahlah kami di kedai makan ni..

sedapnya minum milo ais pagi2.. roti canai pun licin.. alhamdulillah
abi pesan nasi lemak.. untuk ummi & anak2.abi dirumah, abi bungkuskan roti canai juge..

Sunday, November 11, 2012

majlis ikhtifal @ hari kecemerlangan tadika ar-raudah..

seperti tahun2 sebelumnya.. abi & ummi hadir utk majlis akhir tahun tadika kak.auni & ir.syad.. tahun ni agak istimewa kerana ini tahun terakhir kak.auni, maklum sajalah tahun depan dah nak masuk darjah satu di sekolah ummi..

istimewanya lagi buat kak.auni & abi.ummi ialah tanpa disangka kak.auni terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk tadika ar-raudhah taman kamariah..

auni melihat ke arah ummi..
yang buat abi.ummi sangat bangga ialah apabila pengerusi majlis menjemput abi & ummi naik ke stage utk sama-sama meraikan kejayaan anak abi.ummi ni..
menerima plak pelajar cemerlang dan tuala bersulam nama
itulah cerita tentang kakak auni...

ada satu lagi cerita istimewa sewaktu majlis ikhtifal ni... yang ini memang lagilah tak disangka-sangka... anak abi.ummi yang bongsu (bongsu buat masa ini) ni telah diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk pelajar 4 tahun... siap naik stage ambil hadiah...
anugerah pelajar terbaik 4 tahun
 bangga betul abi.ummi dibuatnya...
bergambar dgn hadiahnya..
semoga anak2 abi.ummi terus cemerlang di dunia ini... dan moga lebih cemerlang di akhirat... amin Ya ALLAH.

Saturday, November 10, 2012

KIDZANIA!!! seronoknyaaa..

memang best kat sini.. bukan setakat anak2 terhibur.. abi.ummi pun terhibur sama.. cuma paling seronok adalah anak2 la sebab disini semuanya berkaitan mereka.. ibubapa hanya memantau saja.. nasib baik ada lounge VIP utk parent..

baru lepas daftar.. dapatduit kidzo utk belanja..

ni pintu masuk dia.. kena check-in..

hilman yg kat hujung tu.. serius tul dengar taklimat nak padam api..

adik beradik ni kerja kat poslaju hantar barang..

irsyad menjadi pelukis.

kak.auni & bro.hilman sibuk menghasilkan vitagen.

kak.auni & ir.syad sedang menyiapkan burger marrybrown.

ir.syad dalam bilik rakaman tv.. sbg pengarah

bro.hilman & kak.auni sbgi cameraman..
ada lagi pekerjaan yang anak2 abi.ummi ni buat.. sebagai juruterbang@pilot dan pegawai polis.