Monday, March 11, 2013

ir.syad dan HSP ..pt6

ini dah masuk hari ke-40 sejak ir.syad terkena penyakit ni.. sejak hari pertama pada 1 februari 2013 yang lepas.. "Ya Allah, Engkaulah yang Maha Penyembuh.. sembuhkanlah anak kami ini.. AMIN"..

diambil waktu pagi ketika tidur..


memandangkan abi tak sampai hati melihat sakit ir.syad ni.. maka pada hari ini abi telah membawa ir.syad ke pejabat abi.. biar abi jaga utk hari ini, tak perlu ke tadika.. kalau ir.syad sakit, biar abi yang dukung.. senang untuk abi pantau lagi sakit ir.syad ni..

ps: by the way, mata ir.syad dah ok..Alhamdulillah.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

anak saya baru di diagnose menghidap HSP minggu yg lalu. Dia telah di ward selama 2 hari dan Alhamdulillah ginjal dan intestine nya baik. Saya terpanggil utk bertanya puan bagaimana pengalaman puan kerana ir.syad mencecah masuk day-40...all the while, adakah sakit dan bengkak2 pada sendi dan purpura come and go?..how did you cope?..macam mana sekolah dan juga aktiviti harian ir.syad?..saya harap puan dapat berkongsi pengalaman...dan bagaimana ir.syad sekarang?..
jazakallah

Unknown said...

Pada rabu 30.9.15, anak 8 tahun saya mengalami bengkak di betis kiri yang mengakibatkan dia tidak boleh berdiri dan berjalan. Sewaktu di ER Hospital selayang doktor Orthopaedic dapat mengesan sedikit bengkakan di lutut. Akhirnya anak saya admitted pada mlm itu. Keesokkan pagI pula kaki kanan mula membengkak dan berkilat. Sewaktu ujian oleh sekumpulan Doktor orthopaedic dibuat anak saya langsung tidak boleh berjalan. Dr juga mendapati Bintik2 merah timbul di kawasan yg bengkak. Terus di refer kepada Bahagian Peadiatric. Selang beberapa jam selepas itu, sekumpulan Dr Peadiatric yg diketuai oleh Dr Florence telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kaki yang bengkak, belakang badan, telinga, bontot bagi mengesan lain2 tanda merah & purple. Ujian darah dan air kencing telah dibuat dan anak saya di sahkan mengidap penyakit Henoch Schonlein Purpura(HSP). Sepanjang di hospital, anak saya tidak dijangkiti demam selsema dan batuk. Oleh itu, Dr hanya memberi anak saya ubat tahan sakit iaitu Prufen. Alhamdulillah…pada hari Jumaat bengkak mulai surut, bintik2 merah berkurang dan anak saya boleh berjalan. Dr Orthopaedic seakan2 tidak percaya dengan perubahan drastik itu. Ujian berjalan, tekakan atau power pada kaki juga dibuat dan menunjukkan tanda2 positif. Sabtu, anak saya discharge dan Dr beri medical leave sehingga hari selasa.
Pada hari rabu, saya lihat anak saya kelihatan lemah, dan mengalami sakit perut. Saya agak dia sakit perut mungkin sebab dari jumaat dia tidak berak. Keadaan lagi teruk pada hari khamis di mana dia muntah 4 kali sehari selepas makan. Saya bertekat untuk mengambil water drip dan ubat cair najis di hospital pusrawi. Dan pada hari ini anak saya beransur segar sedikit. Mungkin disebabkan tiada muntah selepas makan.
Saya berdoa agar anak saya terua sihat dan dapat menjalani kehidupab riang kanak2 seperti umur dia . InsyaAllah. Appointment untuk follow up di buat pada 30.10.15 dan saya berharap agar penyakit anak saya cepats embuh. Saja saya kongsikan pengalaman saya dan anak saya menghadapu HSP. Dan sudah semestinya saya berapa amat risau dengan keadaan ini. Mohon para Dr memberi tahu kepada kami ibu bapa sekiranya berlaku lagi radang ini.

abi.ummi said...

saya doakan anak2 teman2 yang mengalami HSP (Henoch Schonlein Purpura) sembuh sepenuhnya saat saya menulis komen terbaru ini.. alhamdulillah, anak saya ir.syad telah sembuh sepenuhnya.. mcm2 yg dibuat, dari perubatan moden hinggalah ke alternatif.. mmg sgt risau sbb anak hilang kekuatan utk berjalan sendiri.. mata pula boleh bengkak secara tiba2 jika demam.. mmg perlu didukung jika mahu dibawa kemana2.. mmg lama ir.syad nak sembuh, seingat saya memakan masa 2 bulan lebih utk sihat sepenuhnya.. dari segi persekolahan waktu itu, ir.syad umur taska.. ketika itu, jika tak ke ofis abi, dia ke madrasah ummi.. jika kuat sikit, abi.ummi hantar ke taska.. ya benar, HSP datang dan pergi.. seperti nak baik,jadi semula.. yang paling sedih bila ir.syad bertanya, "abi.ummi, ir.syad sakit apa ni? tak boleh jalan".. alhamdulillah, semuanya dah berlalu insya Allah.. saya harapkan teman2 lain juga begitu.

Unknown said...

Salam sis mohon pndangan anak saya br hidap penyakit ini simptom ngn sama boleh pm sy utk pertanyaan dan pengalaman 0193444004.

HSMS said...

Assalam Puan, saya amat berbesar hati sekiranya Puan tak keberatan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam menghadapi situasi HSP ni. Minggu lepas anak lelaki saya berusia 4 tahun didiagnosis HSP. Saya masih lagi Cuba untuk mendapatkan maklumat berkenaan cara menghadapi situasi sebegini. PM saya 0127852898

Unknown said...

Aku udah lama nih sakit hsp belum sembuh sembuh udah mau satu taun