Monday, August 1, 2016

Alhamdulillah.. welcoming the fifth

tengah malam yang hening, ummi sudah terasa akan hadirnya insan istimewa ini.. abi juga sudah tidak keruan kerana perlu menguruskan segala kelengkapan.. si kecil fateh perlu di jaga.. alhamdulillah Allah titipkan maktok dan ayahtok yang sememangnya ada di kl utk datang dan menjaga anak2..

setibanya mak.ayah.tok, abi.ummi terus bergegas ke hospital.. sempat abi.ummi berbincang nak ke pusrawi atau hkl.. akhirnya diputuskan ke hkl walaupun tahu nanti akan dibebel oleh nurse disana (ini pun seronok juga utk diceritakan.. simpan dulu)..

tepat pada pukul 3.43 pagi, bertempat di hospital bersalin kl, maka lahirlah seorang lagi ahli keluarga abi.ummi.. bayi lelaki comel dgn berat 2.5kg ini sangat istimewa buat abi.ummi kerana lahirnya diiringi nikmat dan dugaan drpd Yang Maha Pencipta..

bayi comel titipan Allah ini abi.ummi namakan anas.

No comments: