Thursday, September 29, 2016

Day# 60-anas syahmi

Huhu rasa sedih dahh.. hari last cuti kerja... ummi nak masuk keje dah.. syahmi nama yg mulia ni umi tinggalkan dulu di kk9. Bila sebut balik aja hari ni juga platlet adik syahmi drop. Ya Allah kurniakan kesembuhan pada anak ummi ni.

Monday, September 19, 2016

day#50 anas (kesan lebam di dahi)

sedih sebenarnya..
skrg ni darah diambil dan dimasukkan terus di kepala..
2 kesan lebam yg ada tu sebab tusukan jarum..betul2 di tengah dahi..
disebabkan tiada darah kawasan tu, jarum di alih di kawasan tepi kepala.

ummi hari ini mmg dah kena keluar dari kk8.. abi datang tadi tolong angkat beg.. sempat susukan anas sblm bertolak balik ke rumah tadi.

Saturday, September 17, 2016

day#48 anas, day#23 ummi (sanah helwah ya abi!)

selamat hari lahir.. pelbagai ucapan buat abi.. terima kasih semua..
cuma yang lebih abi inginkan ialah kesihatan yang baik buat anak abi anas.syahmi.. semoga cepat sembuh, dapat kembali ke rumah, dan dapat bermain dgn abi.ummi.abg2.kakak..

pagi ini tiba dihospital.. seperti biasa, utk menghantar 'pesanan' ummi.. masuk ajer kk8, tetiba nurse wish.. heppi besday.. terkezut kejap abi..

pulang dari hospital, setibanya diparking rumah, terima panggilan dari ummi.. anas kena pindah ke kk9 semula.. untuk pemindahan darah kerana kekurangan platlet.. biasanya akan dibuat di kk8 saja, tetapi kali ini doktor nak buat pemerhatian rapi kerana darah merah juga kurang dan perlukan bantuan oksigen..

aduhai anas.syahmi, si kecil comel anak abi.ummi ni.. semacam si kecil ini tahu yg hari ini birthday abinya.. nak juga suruh ummi pulang ke rumah menemani abi.. kerana di kk9 ibu tak dibenarkan bermalam.. nurse dan doktor disitu sangat komited 60m/24j/7h sentiasa memantau bayi2 disitu..

malamnya jemput ummi dari hospital.. sempat beli 2 slices indulgence 'spt biasa' untuk dinikmati bersama dirumah..

Monday, September 12, 2016

day#43 anas, day#18 ummi (selamat hari raya aidiladha 1437H)

malam tadi abi dah siap2 gosok baju raya anak2.. so pagi ni Alhamdulillah tak rushing sangat..
malam tadi juga mamatok dah siapkan rendang ayam kegemaran abi.. mmg sedap rendang mamatok ni.. dan ini jugalah yang menjadi sarapan kami pagi raya ni..

buat pertama kalinya juga abi beraya di KL.. rasa biasa saja.. mungkin sbb ummi tiada di sisi..
solat raya dijadualkan jam 8.30 pagi.. seawal 8.oo pagi lagi abi.hilman.irsyad bergegas naik motor wave sama2 ke masjid syakirin utk solat raya.. atuk.cikyo.paksu pula naik kereta cikyo..

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

sekembali ke rumah, sekali lagi rendang dijadikan juadah.. sedang berehat2, muncullah ummi di pintu rumah.. Alhamdulillah.. dapat juga ummi beraya bersama walaupun sekejap.. ummi kena kembali ke hospital jam 2.00 petang untuk kembali menjaga anas.syahmi.. seronok lihat ummi dapat bermesra dengan anak2..


Monday, September 5, 2016

UPSR.. selamat berjaya hilman.. all da best

hari ini hari yang mendebarkan buat hilman..
peperiksaan besar pertama dalam hidupnya..
abi.ummi doakan semoga hilman diberikan ketenangan..
diterangkan hati dan diberikan ilham dalam menjawab segala soalan..
semoga berjaya mengenggam dunia dan mengapai akhirat..

ummi masih di hospital lagi.. menjaga anas yang masih belum dibenarkan pulang.. hari ini sudah masuk hari yang ke 36 baby anas di hkl..

ummi.anas hari ini juga dah dipindahkan ke dalam bilik kuarantin, single bed.. ada kuman dalam urine anas.. platlet juga turun dari biasa.. dugaan betul.. disebalik kesusahan pasti akan ada kesenangan.

Thursday, September 1, 2016

day#32 anas, day#7 ummi

anas masih dihospital.. alhamdulillah daripada info2 terkini anas menunjukkan tanda2 kesembuhan yang baik.. pagi ni abi singgah kejap hantar rompers..