selamat hari lahir.. pelbagai ucapan buat abi.. terima kasih semua..
cuma yang lebih abi inginkan ialah kesihatan yang baik buat anak abi anas.syahmi.. semoga cepat sembuh, dapat kembali ke rumah, dan dapat bermain dgn abi.ummi.abg2.kakak..
pagi ini tiba dihospital.. seperti biasa, utk menghantar 'pesanan' ummi.. masuk ajer kk8, tetiba nurse wish.. heppi besday.. terkezut kejap abi..
pulang dari hospital, setibanya diparking rumah, terima panggilan dari ummi.. anas kena pindah ke kk9 semula.. untuk pemindahan darah kerana kekurangan platlet.. biasanya akan dibuat di kk8 saja, tetapi kali ini doktor nak buat pemerhatian rapi kerana darah merah juga kurang dan perlukan bantuan oksigen..
aduhai anas.syahmi, si kecil comel anak abi.ummi ni.. semacam si kecil ini tahu yg hari ini birthday abinya.. nak juga suruh ummi pulang ke rumah menemani abi.. kerana di kk9 ibu tak dibenarkan bermalam.. nurse dan doktor disitu sangat komited 60m/24j/7h sentiasa memantau bayi2 disitu..
malamnya jemput ummi dari hospital.. sempat beli 2 slices indulgence 'spt biasa' untuk dinikmati bersama dirumah..
Saturday, September 17, 2016
day#48 anas, day#23 ummi (sanah helwah ya abi!)
ikhlas dari abi.ummi pada 9/17/2016 10:00:00 PM
No comments:
Post a Comment