Hari ini adik kakak yang comel, Syahmi genap 1 tahun. Alhamdulillah. Tapi hari ini juga syahmi perlu menjalani pembedahan Chemoterapy. Dia perlu menjalani pembedahan ini kerana syahmi menghidap kanser Leukimia. Semalam syahmi baru ditempatkan di KK3 iaitu wad untuk kanak-kanak kanser. Kakak sayang syahmi. Dia kekurangan darah kuning iaitu platelet dan sel darah merah. Muka dan seluruh badan syahmi pernah pucat kebiruan. Demam pun lama badan syahmi pun pernah berlumuran darah yang keluar dari hidung syahmi tanpa kami sedar tapi syahmi x nangis pun masa tu. Panik semua orang. Sepatutnya kena hantar Hilman ke MRSM tapi tukar plan adik kena hantar ke hospital.
"Ya Allah, begitu berat sekali dugaan yang enkau beri kepada syahmi. kau sembuhkanlah dia. kau kembalikanlah kesembuhan kepadanya semula. kau bukalah pintu kesihatan kepadanya. kau lancarkanlah perjalanan darah keseluruh badannya. kau tambahlah platelet & sel darah merahnya. kau matikanlah sel-sel kanser dalam tubuh badannya. kau panjangkanlah umurnya. kau sembuhkanlah dia daripada penyakit leukimia. kau berilah kebahagiaan padanya. hanya kepadaMu aku memohon, wahai zat yang penyayang. aku dan keluarga sangat sayangkannya. amin"
Semua kawan-kawan kakak dah tahu tentang Syahmi. Diorang ada kasi kata2 semangat untuk syahmi dan untuk kita sekeluarga. Kakak sendiri bersyukur ada kawan2 macam diorang. Ini lah kata2 semangat yang kawan2 kakak kasi. Daripada Wafa, Maira dan Aini yang merupakan antara kawan2 kakak.
Wafa:
Semoga cepat sembuh ya Syahmi. Anak yang ditunggu-tunggukan untuk melangkah ke syurga. Semoga pembedahan Syahmi berjalan dengan lancar.
INSYA ALLAH...
Maira:
Semoga awak sembuh ya Syahmi... kalau nak langkah ke syurga nanti doakanlah keluarga Syahmi ya... kalau nak pergi bagi tanda ya...Saya harap Syahmi dapat lalui pembedahan ini tanpa halangan ya. Syahmi suci lagi.Jangan putus asa. Semoga sihat selalu.
AMIN...
Aini:
Semoga awak sembuh,Syahmi. Aini doakan pembedahan berjalan lancar. Harap Syahmi cepat sembuh.
AMIN....
Alhamdulillah adik kakak sudah pandai dan sudah faham apa yang kakak dan keluarga cakap. Syahmi pun murah dengan senyuman.Suka senyum x kisahlah kat mana pun.
Sepatutnya aku bersyukur sebab aku masih ada ibu bapa dan keluarga.Ada kat luar sana x de diorang. Diaorang kat luar sana pun ada yang dah yatim piatu.
Setakat ni je kakak ceritakan tentang adik kesayangan kakak iaitu......
Tuesday, August 1, 2017
Buat adikku Syahmi.. ~Coretan kakak~
ikhlas dari abi.ummi pada 8/01/2017 01:35:00 PM 1 komen
Monday, July 31, 2017
Coretan ummi #Day1KK3
#syahmikusayang
ikhlas dari abi.ummi pada 7/31/2017 11:26:00 AM 0 komen
Thursday, July 27, 2017
Ruqyah Saratan.. Ruqyah buat Anas Syahmi
Ruqyah Saratan / Sartan سرطان atau Ruqyah Kanser ini abi dapat tahu dari ummi.. sebelum ni abi cuma tahu tentang ruqyah syar'iyah saja.. senarai ayat2 ruqyah saratan ni seperti dibawah..
Ruqyah Saratan(kanser)
1) surah al Fatihah
2) al Baqarah: 1-5
3) al Baqarah: 164, 165
4) al Baqarah: 255 (Ayat Kursi)
5) al Baqarah: 256, 257
6) al Baqarah: 285, 286
7) Ali Imran: 1-5
8) Ali Imran: 18, 19
9) Ali Imran: 26, 27
10) al A'raf: 54-56
11) al A'raf: 117-122
12) Yunus: 79-82
13) Toha: 25-29
14) al Mu'minun: 115-118
15) al Hasr: 21-24
16) as Saff: 1-14
17) ar Rahman: 31-33
18) al Mulk: 1-4
19) al Qalam: 51-52
20) al Jin: 3
21) surah al Kafirun
22) surah al Falaq
23) surah an Nas
Alhamdulillah.. abi dah compilekan semuanya dalam satu file MP3 supaya mudah utk dipasang dan diperdengarkan pada Anas Syahmi.. abi sharekan di youtube dgn url dibawah:
https://youtu.be/IyYHls419HM
boleh download atau boleh terus dengarkan disini..
ikhlas dari abi.ummi pada 7/27/2017 01:38:00 PM 0 komen