Tuesday, August 1, 2017

Buat adikku Syahmi.. ~Coretan kakak~

Hari ini adik kakak yang comel, Syahmi genap 1 tahun. Alhamdulillah. Tapi hari ini juga syahmi perlu menjalani pembedahan Chemoterapy. Dia perlu menjalani pembedahan ini kerana syahmi menghidap kanser Leukimia. Semalam syahmi baru ditempatkan di KK3 iaitu wad untuk kanak-kanak kanser. Kakak sayang syahmi. Dia kekurangan darah kuning iaitu platelet dan sel darah merah. Muka dan seluruh badan syahmi pernah pucat kebiruan. Demam pun lama badan syahmi pun pernah berlumuran darah yang keluar dari hidung syahmi tanpa kami sedar tapi syahmi x nangis pun masa tu. Panik semua orang. Sepatutnya kena hantar Hilman ke MRSM tapi tukar plan adik kena hantar ke hospital.

"Ya Allah, begitu berat sekali dugaan yang enkau beri kepada syahmi. kau sembuhkanlah dia. kau kembalikanlah kesembuhan kepadanya semula. kau bukalah pintu kesihatan kepadanya. kau lancarkanlah perjalanan darah keseluruh badannya. kau tambahlah platelet & sel darah merahnya. kau matikanlah sel-sel kanser dalam tubuh badannya. kau panjangkanlah umurnya. kau sembuhkanlah dia daripada penyakit leukimia. kau berilah kebahagiaan padanya. hanya kepadaMu aku memohon, wahai zat yang penyayang. aku dan keluarga sangat sayangkannya. amin"

Semua kawan-kawan kakak dah tahu tentang Syahmi. Diorang ada kasi kata2 semangat untuk syahmi dan untuk kita sekeluarga. Kakak sendiri bersyukur ada kawan2 macam diorang. Ini lah kata2 semangat yang kawan2 kakak kasi. Daripada Wafa, Maira dan Aini yang merupakan antara kawan2 kakak.

Wafa:
Semoga cepat sembuh ya Syahmi. Anak yang ditunggu-tunggukan untuk melangkah ke syurga. Semoga pembedahan Syahmi berjalan dengan lancar.
INSYA ALLAH...

Maira:
Semoga awak sembuh ya Syahmi... kalau nak langkah ke syurga nanti doakanlah keluarga Syahmi ya... kalau nak pergi bagi tanda ya...Saya harap Syahmi dapat lalui pembedahan ini tanpa halangan ya. Syahmi suci lagi.Jangan putus asa. Semoga sihat selalu.
AMIN...

Aini:
Semoga awak sembuh,Syahmi. Aini doakan pembedahan berjalan lancar. Harap Syahmi cepat sembuh.
AMIN....

Alhamdulillah adik kakak sudah pandai dan sudah faham apa yang kakak dan keluarga cakap. Syahmi pun murah dengan senyuman.Suka senyum x kisahlah kat mana pun.

Sepatutnya aku bersyukur sebab aku masih ada ibu bapa dan keluarga.Ada kat luar sana x de diorang. Diaorang kat luar sana pun ada yang dah yatim piatu.

Setakat ni je kakak ceritakan tentang adik kesayangan kakak iaitu......


MUHAMMAD ANAS SYAHMI 
yang merupakan antara anak syurga.. 
ALLAH SAYANG SYAHMI


1 comment:

Tomato Oren said...

mudahan diberi kesembuhan olehNya...semoga ummi dan abi terus kuat semangat...