Memang best... itu saja yang abi dapat simpulkan.. hari ini abi.ummi sekeluarga tiba di waterpark 'the carnival' ni dalam pukul dah dekat 11 pagi.. main air sampai hujan turun pun tak kisah.. maka bertolak balik dalam pukul 4 petang lebih..
tiket kira oklah juga harganya.. tiket masuk utk waterpark saja sempena weekdays.. dewasa rm18, kanak2 rm13.. bayaran ni termasuk disediakan satu kali makan & minum... abi sewa sebuah loker dengan harga rm9 utk buka berkali2, kalau nak buka sekali saja kena rm5.. belanja pelampung utk ketiga2 anak2 abi.ummi pula...rm8x3=rm24.
Wednesday, December 15, 2010
Taman Tema Air.. The Carnival Sungai Petani
ikhlas dari abi.ummi pada 12/15/2010 12:44:00 AM 1 komen
Wednesday, November 24, 2010
hilman dan auni berkuda..
petang ni abi bawa hilman & auni pusing2 kampung kerdas naik motor. irsyad tak ikut sbb tertidur kepenatan dirumah. dalam pusing2 tu teringat tempat berkuda yang ada dalam kampung ni, so abi pun pergilah singgah.
sampai saja hilman terus teruja nak naik kuda.. tapi kakak.auni macam takut2 sikit.. tak berani naik seorang katanya.. jadi kena naik berdua dengan abg.hilman.. pusing2 naik kuda..
bacaan berkaitan:
abi...nak tengok kuda
ikhlas dari abi.ummi pada 11/24/2010 07:11:00 PM 0 komen
ir.syad berkursus sempena ummi cuti sekolah..
hari ini hari pertama kursus.. agak kurang berjalan lancar seperti yang diduga.. hari pertamalah katakan.. tak mengapalah.. abi.ummi yakin ir.syad boleh.. dulu abg.hilman ngan kakak.auni pun abi.ummi ajar begini juga..
esok hari kedua.. selamat berjaya dari abi.ummi...
ikhlas dari abi.ummi pada 11/24/2010 06:00:00 PM 0 komen
Monday, November 22, 2010
auni berdiri atas pentas..sambil nyanyi
"kakak.auni, cuba kakak ajar abi macam mana nak nyanyi lagu pukul 6 pagi tu" minta abi pada suatu hari sebelum berlangsungnya majlis ihtifal tadikanya. auni dengan sukanya mengajar abi menyanyi disertai dengan gaya yang sepatutnya ditunjukkan semasa persembahan nanti. penuh semangat auni tunjukkan walaupun abi minta diulang2. dengan gaya dan nyanyian auni ni pasti persembahan pada 14 november ni akan penuh keceriaan... cetusan mulus dari hati abi.
setelah hampir setiap hari auni bertanya, "abi.. ummi.. bila nak ke dewan ni? auni nak buat persembahan"... Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan pun berkunjung tiba. kebetulannya persembahan dari kumpulan auni adalah persembahan pertama pada hari tersebut.. abi & ummi tak sabar2 nak melihat kakak.auni ni menyanyi sambil mengayakan gerak geri yang telah diajarkan oleh cikgu2 tadikanya..
apabila persembahan bermula....
aduhai si comel sayang intan payung abi.ummi ni.. lain kali jangan lupa gayakan geraknya yeaa... macam yang kakak.auni buat kat bawah ni..
ikhlas dari abi.ummi pada 11/22/2010 05:44:00 PM 0 komen
hilman berzapin
songkok hitam yang baru.. seluar hitam yang baru.. kasut hitam yang baru.. hilman nampak segak dengan pakaian penuh zapinnya.. bak kata ummi bila hilman naik pentas "hensemnya anak lelaki ummi ni".
tarian zapin ni bersempena majlis anugerah kecemerlangan akademik, MAKA 2010 yang ke-9, Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi (SETIABUDI).. hilman yg berbaju oren tu..
ikhlas dari abi.ummi pada 11/22/2010 05:40:00 PM 0 komen
Wednesday, October 13, 2010
a'famosa resort melaka..
gambar menceritakan segalanya..
ikhlas dari abi.ummi pada 10/13/2010 11:45:00 AM 0 komen
ir.syad di hospital pusrawi...
kejadian berlaku pada bulan april yang lalu.. tarikh kemasukkan ke wad pada 3hb dan keluar wad 8hb.. selama 6 hari abi.ummi bergilir2 mengambil cuti untuk menjaga ir.syad.. sakit yang dialami amat menyedihkan abi.ummi.. setiap makanan yg masuk ke perut anak kecil ini pasti akan terkeluar semula melalui muntah.. tiada jalan lain melainkan membawa ir.syad ke hospital..
ikhlas dari abi.ummi pada 10/13/2010 11:23:00 AM 0 komen
ke senai johor.. MAAK pertama edata
8hb oktober 2010 adalah hari bersejarah buat keluarga besar edata network kerana ia merupakan hari sambutan 'malam anugerah angkasa kejayaan' pertama yang diadakan bagi meraikan kejayaan usahawan2 dalam edata network.. ia diadakan di mercure hotel palm & resort, senai johor.. abi.ummi & ir.syad tidak ketinggalan utk hadir ke majlis ini kerana ingin meraikan rakan2 yang telah berjaya.. insya Allah tahun hadapannya abi.ummi pula akan diraikan..amin..
mana sy.auni & abg.hilman? dua anak kesayangan abi.ummi ni ada di sg.petani menemani mamajang menyambut kenduri akikah anak sulung makngah.amy.. sori abi.ummi tak dapat hadir ke sana.
ikhlas dari abi.ummi pada 10/13/2010 10:55:00 AM 0 komen
mata oh mata...
gambar ini abi ambil pada 27 julai 2010.. abi ambil sebab kakak yang kena sakit mata paling teruk dalam keluarga.. buat kenang-kenangan.. nanti kakak dah besar bolehlah tengok semula.. ceritanya bermula dengan ir.syad yang terkena sakit mata.. selepas itu abi.. selepas itu kakak.. selepas itu abg.hilman.. selepas itu mamajang.. selepas itu makngah.. yang ajaib nyer, ummi tak kena pula.. katanya ummi, kalau tak mahu terjangkit sakit mata kena sebut 'awak sakit mata, saya sakit bon***'... petua orang tua-tua maklum ummi..
ikhlas dari abi.ummi pada 10/13/2010 10:40:00 AM 0 komen
Wednesday, October 6, 2010
ummi ke bangi..
hari minggu baru2 ini, ummi ke bangi utk hadiri satu kursus di IKRAM bersebelahan dengan UNITEN. abi & anak2 bangun seawal pagi utk menghantar ummi ke sana.
ummi sedang berkursus.. abi & anak2 nak buat apa yea? jalan sebentar ke tasik cempaka bangi..
dijadikan rezeki buat anak2.. maklumlah sejak abi bertukar kerja.. dah agak lama tidak membawa keluarga menginap di hotel.. kebetulan kursus ummi yang selama 2 hari tu.. abi pun ambil keputusan menginap di hotel yang terletak tak jauh dari rumah yang pernah abi.ummi sewa dulu.. nama hotel tu 'Hotel Reko'.. terletak di jalan reko, kajang.. harga boleh tahan jugalah utk bilik family dgn 2 katil queen.. rm128 utk semalam..
ikhlas dari abi.ummi pada 10/06/2010 02:23:00 PM 0 komen
Friday, September 3, 2010
nanamin.. nanamin.. panggilan pertama sy.auni buat sepupunya
selamat datang ke dunia!
ikhlas dari abi.ummi pada 9/03/2010 10:34:00 AM 3 komen
Thursday, March 25, 2010
lagu yang sering meniti di bibir kakak...
Ayah dan Ibu 2x
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari ..aaahai (ulang rangkap)
Yang dikurniakan dari Ilahi..aaahai
Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibulah mesti dihormati (ulang rangkap)
Ayah dan Ibu 2x
Wali wali keramat
Pada mereka kita beri hormat ..aaahai
Bagilah tunjuk
Ajar dan nasihat ..aaahai
Supaya hidup..
Supaya hidup kita akan selamat
ikhlas dari abi.ummi pada 3/25/2010 11:33:00 PM 0 komen
Monday, March 22, 2010
derita anak kecil abi.ummi .. part 2
gambar ni abi ambil pada 12 mac yang lalu. penyakit kulit ir.syad dah merebak ke leher pula. kesian abi.ummi pada anak kecil kami ni. lebih2 lagi apabila rasa gatal datang dan ir.syad mengaru2 pada kulitnya.. kulit yang merah semakin merah. pada ketika ni abi.ummi rasa semakin risau cuma apabila dilihat pada perkembangan baik di muka ir.syad memberi keyakinan pada abi.ummi untuk meneruskan apa yang telah abi.ummi lakukan sebelum ini.
gambar terkini...as of 20 mac, kelihatan penyakit kulit pada muka & leher ir.syad semakin pulih. Alhamdulillah, syukur tak terkira pada Pencipta.
ikhlas dari abi.ummi pada 3/22/2010 11:43:00 AM 0 komen
Wednesday, March 10, 2010
abi...nak tengok kuda
memang kerap abi bawa anak2 naik motor pergi pusing keliling kampung tengok haiwan2 ternakan...tengok kambing, tengok lembu, tengok ayam, tengok kuda.. jangan main2, dalam kampung ni ada orang ternak kuda..
ikhlas dari abi.ummi pada 3/10/2010 02:59:00 PM 0 komen
1-Jan-2010... induction day for hilman
taklimat dah tamat. yang memberi taklimat minta semua parent supaya tinggalkan anak masing2 dalam dewan. abi.ummi pun kenalah keluar juga dan tinggalkan anak lelaki abi.ummi ni dalam dewan. anak lelaki abi yang sorang ni memang dah biasa dengan persekitaran sekolah, maklumlah umminyakan cikgu..cuba tengok muka dia, senyum jer.
ikhlas dari abi.ummi pada 3/10/2010 02:33:00 PM 1 komen
jalan2 ke sungai..memori 14-Nov-2009
nak dijadikan cerita, pada tarikh yang disebutkan bersamaan hari sabtu, abi kena jaga anak2 sbb ummi ada 'extra work' di sekolah. mulanya nak bawa berjogging, last2 abi bawa jalan2 ikut jalan lama ke bentong dan akhirnya sampai kat sungai ni..[abi]
ikhlas dari abi.ummi pada 3/10/2010 12:25:00 PM 0 komen
Monday, March 8, 2010
derita anak kecil abi.ummi ..
nak dikatakan ekzema, telah banyak yang abi baca dan semuanya seperti tidak kena dengan apa yang ir.syad hadapi. tetapi doktor diklinik ada mengatakan ianya adalah sejenis 'facial eczema'. namun, sememangnya anak kesayangan yang nombor tiga ni mudah untuk dijangkiti penyakit. pernah juga doktor diklinik lain memberitahu yang ir.syad ini berkemungkinan lemah sistem imunisasinya, jadi kena belikan pelbagai makanan tambahan untuk meningkatkan daya tahannya.
ini adalah wajah ir.syad selepas 2 minggu diserang penyakit kulit. ummi tak beri abi sebut ekzema sebab tak sure. lagipun abi.ummi belum bawa jumpa pakar kulit. abi cuba jadi pakar kulit sendiri. dah banyak perubahan baik pada kulit ir.syad selepas pelbagai ubat yg abi.ummi berikan.
antara ubat sapu klinik yang abi.ummi gunakan ialah 'hydrocortisone'. tambah juga guna 'econozine'...yang ni abi beli sendiri dari farmasi (lepas baca tulisan2 orang di web2 lain, abi dah kurangkan penggunakan 'econozine' ni sebab dikatakan mempunyai kadar steroid yg tinggi yg tak sesuai dgn kanak2). ubat lain, abi tambah dengan ubat yang abi percaya dari jenama 'healin'... ada 'derma x', 'lukano' & 'linimen gamat'.
gambar diatas disebelah kiri untuk kegunaan luaran. bagi support dalaman pula, abi berikan 'scott's emulsion' dan 'bio-strath' (gambar diatas sebelah kanan). scott's emulsion tu rasanya dah ramai yg tahu kebaikannya, rasanya pun sedap (tapi kena ambil perisa orenlah), jadi mudah nak berikan pada anak2.
satu lagi tu, 'bio-strath' dicadangkan oleh seorang doktor masa pergi bawa ir.syad ke klinik dia. harganya RM128 (tak boleh masuk dalam bil klinik panel). sebab abi nak sangat anak abi kembali pulih, abi pun ambil juga. rasanya agak kurang sedap walaupun ada madu ditambahkan.
selain tu, abi beri juga pil2 tambahan seperti vitamin C (abi beli royal jelly vita-c) dan IgMax (tablet kolostrum). Tengoklah seminggu dua lagi, abi akan update perkembangan ir.syad ni. [abi]
ikhlas dari abi.ummi pada 3/08/2010 07:16:00 PM 3 komen