Monday, January 9, 2012

cuci luka jahitan..

hari ini abi isytiharkan bahawa klinik yang terdapat di dalam UIA ialah klinik yang tidak berperikemanusian.. kerana klinik ini telah menolak pesakit dengan alasan bukan staf UIA.. walhal, klinik inilah juga yang minta abi.ummi hadir utk rawatan susulan cuci luka bro.iman..

ummi yg terpaksa mendukung bro.hilman masuk ke klinik tersebut telah dinafikan begitu sahaja walaupun ummi bersedia untuk membayar tunai rawatan cuci tersebut.. sama ada ini adalah polisi klinik tersebut atau kesombongan staf hadapan.. itu abi tidak pasti... yg pasti.. kiranya abi juga ada disana sewaktu itu.. situasi dalam klinik mungkin mengundang heboh..

ummi terpaksa membawa bro.hilman pulang ke rumah atas nasihat abi.. abi pula bergegas pulang ke rumah.. minta izin dari bos utk pulang awal.. lalu kami ke klinik famili di wangsa maju.. nasib baik klinik famili ni ok.. dr.aziz yg merawat pun baik orangnya..

kalau close-up, seram juga nengoknya..
bro.hilman menenangkan hati..

selepas rawatan.. dr.aziz maklumkan yg luka tu perlu dicuci lagi.. tapi katanya takkan nak datang klinik selalu.. lalu beliau pun mengajar abi.ummi bgmana utk cuci luka tu sendiri.. nampak gayanya abi yg kena buat ni..

2 comments:

mak ngah said...

Pasal apa ni iman? Alahai kesiannya....

abi said...

terjatuh masa kat surau sekolah.. ada tile pecah..